Tuesday, January 15, 2008

Kenapa perlu letak jawatan?

makhtarbinmansor
KENAPA PERLU LETAK JAWATAN, TUAN?

"Kenapa perlu letak jawatan, tuan? Slow and steadylah,” itulah kata-kata wartawan Tamil Osai, Kandayah. Kandayah sering melepak di dalam galeri mahkamah dan peristiwa-peristiwa di dalam Mahkamah Majistret Teluk Intan sering menjadi bahan laporan akhbarnya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor bahawa daerah Hilir Perak, terutamanya kawasan Hutan Melintang di mana terdapatnya kuil Hindu yang paling besar di Malaysia, adalah merupakan kawasan penempatan yang padat dengan masyarakat India dan banyak peristiwa kemanusiaan yang menyentuh masyarakat India yang berlaku di Mahkamah Teluk Intan.

“Jika saya tidak letak jawatan, suara saya tersekat. Kedudukan saya sangat sensitif. Apa yang akan saya buat pada tahun pertama selepas meletak jawatan ialah mengembara ke seluruh negara, memberi ceramah mengenai Mokhdar di semua sekolah. Selepas itu saya akan kembali ke profesion guaman, sebagai seorang peguam swasta,” saya menerangkan kepada Kandayah.

Kandayah yang amat mengambil berat tentang hal ehwal keluarga saya, dan sering saya tumpangkan atau hantar ke stesen bas atau teksi (dia tidak mempunyai kenderaan dan tidak mempunyai lesen untuk memandu kenderaan), menggeleng-gelengkan kepala. “Tuan, berjuang, memanglah berjuang. Tapi periuk nasi kena jaga, masa depan keluarga kena jaga. Tuan terus kerja, tak payah letak jawatan, terus sebarkan idea tuan, slow and steadylah,” katanya dalam lidah Tamilnya yang pekat.

Bukan saya tak fikirkan tentang kebenaran kata-kata Kandayah. Tapi sejak menemui faktor sebenar tentang kenapa orang Melayu kalah dengan rakan-rakan mereka khususnya orang-orang Cina, di dalam hampir segenap bidang kehidupan, ungkapan semangat perjuangan bangsa yang sering saya baca di dada akhbar, di dalam cerpen, di dalam kisah-kisah perjuangan sama ada di dalam novel atau cerpen, atau ucapan-ucapan pemimpin, benar-benar menggamit perhatian saya. Setiap kali saya melihat bangunan-bangunan kedai dan ruang perniagaan yang terpampang megah di setiap tempat yang saya lawati, saya sebenarnya melihat kegagalan bangsa saya di dalam bidang ekonomi. Setiap kali saya melihat keputusan-keputusan cemerlang di dalam hampir setiap peperiksaan PMR, SPM, STPM dan Universiti, yang didominasikan hampir keseluruhannya oleh pelajar-pelajar Tionghua, saya amelihat kegagalan bangsa saya di dalam bidang pelajaran terutamanya bidang yang berkaitan dengan matematik dan sains, bidang yang menjadi teras atau pemangkin kepada kemajuan teknologi.

Sejak itu saya melakukan segala yang terdaya saya lakukan. Pada tahun 1986, ketika mulai memikirkan tentang kaitan di antara perkataan yang panjang dengan kelemahan di dalam prestasi di dalam hampir segenap bidang kehidupan, saya tidak ghairah untuk menerbitkan buku mengenainya kerana menyedari risikonya, sebaliknya saya menulis surat kepada Perdana Menteri dan ramai tokoh-tokoh pemimpin sama ada pemimpin politik, akademik dan korporat. Saya minta mereka fikirkan apa yang telah saya temui dan melakukan sesuatu kerana saya percaya sekiranya tindakan diambil bersabit dengan fakta yang ditemui itu
Saya juga berjumpa dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada masa itu (1989), Encik Wan Adnan, meminta supaya sesuatu dilakukan tentang penemuan saya. Saya beri contoh, kenapa bahasa yang digunakan untuk mengangkat sumpah di mahkamah perlu menggunakan terjemahan literal yang panjang lebar (dalam bahasa Inggeris berbunyi, “I, ..., solemnly and affirmly declare that, whatever I shall state in this trial is the truth nothing but the truth.” (28 suku kata).

Kenapa perlu diterjemahkan secara literal, “Bahawasanya saya, ..., dengan segala sesungguhnya dan dengan segala suci hati, mengaku dan berikrar, bahawa apa yang akan saya perkatakan di dalam perbicaraan ini adalah yang benar semuanya, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.”? (85 suku kata!)

Bayangkan jika sepuluh orang saksi memberi keterangan di dalam sesuatu perbicaraan, di dalam bahasa Inggeris, bererti 10 x 28 detik = 280 detik, di dalam bahasa Malaysia, 10 x 85 detik menjadi 850 detik. Kelajuan mengungkap di dalam bahasa memberi keterangan di Mahkamah adalah lebih lama di banding dengan kelajuan mengungkap di dalam pertuturan biasa. Jika pertuturan biasa menggunakan 0.25 saat bagi menyebut setiap suku kata, bahasa memberi keterangan memerlukan hitung panjang lebih kurang 0.5 saat untuk menghabiskan setiap suku kata, mengambil kira pause, intonasi dsb. Bererti, sepuluh orang mengangkat sumpah di dalam bahasa Inggeris memerlukan masa sebanyak 140 saat yang bersamaan dengan 2.33 minit, manakala sepuluh orang yang mengangkat sumpah di dalam bahasa Malaysia memerlukan masa sebanyak 455 saat yang bersamaan dengan 7.58 minit. Perbezaan masa yang digunakan ialah 4.25 minit. Jika setiap hari sepuluh orang memberi keterangan, lima hari bekerja bererti 50 orang memberi keterangan, bererti perbezaan masa yang digunakan ialah 21.25 saat. Tidakkah masa selama 21.25 saat ini cukup untuk suatu waktu rehat di sebelah pagi, dan cukup untuk menulis suatu alasan penghakiman bagi kes yang mudah atau straight-forward. (Itu baru dikira masa untuk mengangkat sumpah. Bagaimana masa untuk berhujah, menulis keterangan, mengemukakan bukti dsb?).

Saya rasa dengan memberi contoh tersebut, dia dapat melihat kaitan dengan apa yang saya temui dengan tugas-tugas saya sebagai seorang pegawai di dalam bidang perundangan dan kehakiman. Namun, apa jawapan beliau? Mudah sahaja, “Awak dibayar gaji untuk buat kerja sebagai seorang Majistret, dan bukannya untuk memikirkan tentang soal-soal lain!”.

Bayangkan, dalam keghairahan saya menemui sesuatu fakta yang saya percaya amat besar signifikannya untuk bangsa saya, sesuatu yang saya percaya akan mengubah bangsa saya menjadi bangsa yang maju, tiba-tiba semangat itu begitu mudah mahu dipadamkan dengan ungkapan bahawa, saya dibayar gaji untuk membuat kerja-kerja seorang Majistret dan bukannya kerja-kerja lain.

Sejak manuskrip RBBR yang mulanya diterbitkan di bawah tajuk Bahasa dan Tamadun Bangsa disiapkan, di samping menulis surat kepada sekian ramai tokoh yang saya rasa dapat membantu mengetengahkan idea-idea saya, saya juga berusaha keras menemui tokoh-tokoh lain.

Antara orang tokoh-tokoh awal yang saya temui dan berbual panjang dengannya ialah Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka pada masa itu iaitu Dato’ Abdul Rahim bin Bakar, yang merupakan bekas Menteri Besar Pahang tetapi masih berpengaruh dalam politik.. Hampir dua jam kami berbicara, dan di akhir pertemuan, beliau bersetuju dengan saya bahawa perkataan di dalam bahasa Melayu adalah panjang-panjang dan ia ada kaitan dengan prestasi orang-orang Melayu di dalam pelbagai bidang terutamanya bidang matematik, sains, ekonomi dan perniagaan.

Saya mencadangkan dua langkah utama untuk diambil bagi menangani kemelut bangsa hasil daripada faktor kepanjangan perkataan tersebut, pertama, reformasikan bahasa Melayu supaya common wordsnya jadi sebutan satu suku kata manakala perkataan-perkataan lainnya dijadikan makin pendek dan bukannya makin panjang, dan langkah kedua ialah, dengan menekankan semula kepentingan bahasa Inggeris oleh kerana perkataan di dalam bahasa Inggeris adalah pendek-pendek dibanding dengan perkataan di dalam bahasa Melayu, dan perhebatkan usaha agar orang Melayu menjadi bangsa yang menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran. Beliau setuju supaya penguasaan bahasa Inggeris diperhebatkan di kalangan orang-orang Melayu, tetapi tidak bersetuju jika perkataan di dalam bahasa Melayu dipendekkan kerana ia akan mengubah rupa dan jati diri bahasa Melayu.

Saya juga meminta bantuan rakan-rakan wartawan supaya menghubungkan saya dengan Cikgu Kassim, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMB), yang bertugas di Teluk Intan. Akhirnya suatu majlis di atur di rumah saya iaitu Kuarters Majistret Teluk Intan, di mana beliau membawa lebih kurang lima belas orang rakan-rakannya terdiri daripada Setiausaha KGMB dan AJK KGMB, untuk berdialog dengan saya berhubung dengan penemuan saya. Ketika itu kaedah Mokhdar telah mulai diperkenalkan, dan anak-anak saya yang berusia lima, lapan dan sembilan tahun telah menunjukkan kecekapan mengingat jadual operasi asas dan jadual darab dari darab sifar hingga sembilan belas.

Jelas bahawa mereka kagum dengan dapatan-dapatan saya, kagum dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh anak-anak saya dan kagum dengan usaha gigih saya menyebarkan apa yang saya temui. Di akhir majlis, Cikgu Kassim mengucapkan tahniah di atas segala penemuan dan hasil penemuan yang telah saya tunjukkan, namun tidak bersetuju dengan satu daripada penyelesaian yang saya cadangkan iaitu memperhebatkan semula penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Melayu, tetapi bersetuju sekiranya perkataan di dalam bahasa Melayu dijadikan semakin pendek dan bukannya semakin panjang, malah bersetuju jika kaedah Mokhdar dijadikan sebagai kaedah yang mesti digunakan oleh pelajar-pelajar Melayu untuk meningkatkan penguasaan matematik mereka.

Surat yang saya tulis dan hantar bertubi-tubi kepada Perdana Menteri sejak masih bertugas di Kuala Lumpur sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen (1986 – 1989) tidak pernah berbalas, walaupun terdapat dua orang menteri yang telah menerima salinan surat saya yang membalas surat tersebut dengan mengucapkan terima kasih dan menyatakan yang mereka memberi perhatian kepada surat saya. Namun dalam pada itu saya dapati bahawa banyak daripada kandungan ucapan perdana menteri yang bagaikan dipetik daripada surat terpanjang setebal dua ratus muka surat yang saya hantar kepada beliau, yang saya tulis semasa bercuti pindah dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan selama sepuluh hari.

Kemudian saya jilidkan surat tersebut menjadi buku, dan saya hantar sendiri ke Pelanduk Publications di pejabatnya di Sea Park, Petaling Jaya. Dua minggu selepas itu saya terima sepucuk surat dari Pelanduk Publications, di mana mereka memulangkan buku yang saya tulis dan menyatakan keengganan menerbitkannya disebabkan oleh ‘terlalu banyak kelemahan di dalam buku tersebut yang tidak dapat dipertahankan’.

Akhirnya, setelah merasakan bahawa surat-surat yang saya hantar kepada para pemimpin dan ketua-ketua pengarang akhbar-akhbar tempatan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, dan merasakan penemuan yang bagi saya amat penting itu tidak akan bererti apa-apa jika masyarakat bangsa saya tidak mengetahuinya, saya memutuskan untuk menerbitkan sendiri surat tersebut sebagai sebuah buku.

Mulanya buku tersebut diterbitkan dengan menggunakan nama syarikat abang saya di Tapah, Hana3H, sebagai penerbitnya, diterbitkan dengan tajuk 'Bahasa dan Tamadun Bangsa’. Teknik penerbitan buku tersebut tersangat dhaif, dengan typesetnya menggunakan pencetak daisywheel Brother yang ditaip dengan menggunakan perisian Wordstar (pada masa itu belum bermula lagi era desktop publishing seperti sekarang dan Wordstar dianggap sebagai perisian yang paling canggih untuk komputer peribadi pada masa itu).

Bimbang jika tulisan buku tersebut akan menimbulkan kemarahan ketua-ketua saya, saya gunakan nama samaran H.M.Mokhtar. Saya bercuti selama beberapa hari dan hantar sendiri buku-buku tersebut ke kedai-kedai buku di Tapah, Ipoh, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth dan Sungai Petani.

Buku-buku tersebut langsung tidak laku, tetapi suami kepada wartawan Zainab Ali dari Utusan Malaysia berjaya menjejak saya setelah membeli buku tersebut di Taiping. Dia memberitahu yang dia dan isterinya telah membaca buku tersebut dan percaya buku tersebut pasti akan menggemparkan masyarakat Malaysia dan memberitahu yang isterinya akan menulis preview tentang buku tersebut untuk siaran di dalam Utusan Malaysia.

Saya meminta mereka menangguhkan hasrat tersebut, kerana pada masa itu saya sedang berusaha untuk menerbitkan semula buku tersebut dengan teknik penerbitan yang lebih kemas menggunakan nama syarikat penerbitan yang didaftarkan di bawah nama isteri saya, dan seterusnya, sebelum buku tersebut di previewkan, saya mahu pastikan yang buku tersebut boleh diperoleh di semua kedai di seluruh negara. Berbekalkan slip gaji saya, saya berjaya membuat pinjaman peribadi di dua buah bank di Teluk Intan. Saya juga telah berjaya meyakinkan sebuah syarikat percetakan di Teluk Intan untuk memberi saya kredit selama tiga bulan bagi lima puluh peratus daripada kos mencetak buku tersebut.

Saya tahu bahawa sebagai pegawai Kerajaan, saya tidak boleh melibatkan diri di dalam perniagaan dan saya juga tidak boleh melibatkan diri dalam kesusahan berhutang. Namun buku tersebut tidak diterbitkan di bawah nama saya, sebaliknya menggunakan nama syarikat yang didaftarkan di bawah nama isteri saya. Saya juga amat yakin bahawa, oleh kerana idea yang saya bawa pasti akan menggemparkan dan buku itu pasti akan laku di pasaran, dalam masa kurang dari tiga bulan saya akan dapat membayar keseluruhan kos percetakan buku tersebut, malah hasil jualan buku tersebut mungkin akan menjadikan seorang yang ‘kaya raya’ yang akan terus menggunakan ‘kekayaan’ yang bakal dimiliki itu untuk meneruskan perjuangan dengan lebih berkesan.

Wartawan Zainab Ali yang menghubungi saya menerusi telefon juga memberi jaminan bahawa berdasarkan pengalamannya, buku tersebut akan ‘meletup’ dan saya akan menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas buku tersebut diberi preview akhbar Utusan Malaysia.
Sebagai penulis, saya tidak risau lagi untuk menggunakan nama sebenar saya kerana setelah menyemak di dalam Bab D, Kaedah Perkhidmatan Am Pegawai-Pegawai Kerajaan, adalah tidak salah bagi saya untuk menulis malah menerbitkan buku sekiranya apa yang saya tulis tidak berkaitan dengan atau menyentuh apa-apa dasar Kerajaan atau Jabatan tempat saya bertugas.
Ini disahkan sendiri kepada saya oleh Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, yang pada masa itu dilantik semula menganggotai kabinet dan menjadi Menteri Luar. Pengesahan itu dibuat menerusi panggilan telefon ke rumah beliau di Bukit Bangsar.

Saya kenal dengan Dato’ Abdullah Badawi menerusi abang saya yang terus kekal sebagai pengikut setia beliau walaupun pada ketika beliau dipecat dari kabinet Dato’ Seri Mahathir bin Mohammad. Pada setiap hari Raya Aidil Fitri, jika pulang ke kampung, saya pasti berkonvoi rumah beliau di Kepala Batas bersama adik-adik dan abang-abang yang lain. amat rapat dengannya dan hampir setiap kali saya balik kampung terutamanya pada hari raya.
Ketika bertugas di Kuala Lumpur dulu pun saya sering juga berkunjung ke rumah beliau di Bukit Bangsar dan pernah beberapa kali saya menyertai abang saya dan beberapa orang lain untuk makan di restoran kegemaran beliau iaitu Restoran Mongul di Dashrun Hotel. Restoran tersebut terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Beliau jugalah orangnya yang menasihatkan saya agar tidak meletak jawatan ketika mula berkhidmat sebagai peguam persekutuan pada tahun 1986 memandangkan pada ketika itu, ekonomi negara di dalam keadaan yang amat tenat.

Berbekalkan keyakinan bahawa Bab D tidak memerlukan saya meminta kebenaran daripada pegawai atasan saya untuk menulis malah menerbitkan apa sahaja buku yang tidak mempunyai kaitan dengan jabatan atau polisi jabatan saya, diyakinkan lagi dengan pandangan yang diberi oleh Dato’ Seri Abdullah bin Badawi, dan atas nama perjuangan untuk bangsa, akhirnya buku tersebut diterbitkan sekali lagi, kali ini dengan menggunakan nama saya sendiri sebagai penulis buku tersebut. Di kulit belakang buku itu, terpampang gambar saya berserta maklumat rengkas mengenai kandungan buku tersebut. Buku yang kandungannya ditambah menjadi lebih tebal itu diberi tajuk baru iaitu, ‘Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi”.

Saya bercuti selama seminggu dan mengedarnya sendiri di kedai-kedai buku di Ipoh, Tanjung Malim, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bangi, Kelang dan Seremban. Dua orang pembantu yang saya ambil bekerja khusus untuk mengedarkan buku-buku tersebut telah membuat edaran hingga ke Melaka, Kuantan dan Johor, namun perbelanjaan hotel dan kos minyak yang terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan tidak tertanggung. Lori yang saya sewa dari abang saya telah terlalu uzur benar, sering meragam dan penggunaan petrolnya adalah terlalu tinggi, apa lagi dengan muatan yang begitu berat di mana pada ketika lori satu tan itu bertolak meninggalkan rumah saya, ia membawa sepuluh ribu buah buku yang setiap buah daripadanya berjisim lebih kurang 200 gram.

Sebab itu saya terpaksa memanggil mereka pulang dan lori itu meragam lagi ketika mereka sampai ke Bidor. Abang saya terpaksa menunda lori itu balik ke rumahnya di Tapah dan buku-buku itu, yang tinggal lebih kurang sembilan ribu buah, dipunggah dan diletakkannya di atas lantai papan rumahnya di tingkat atas. Lima hari kemudian ketika saya mengunjungi rumahnya untuk mengangkut pulang buku-buku tersebut sedikit demi sedikit, saya terkejut besar apabila mendapati lebih kurang dua ribu daripada buku-buku tersebut telah dimakan anai-anai. Saya menangis semahu-mahunya melihat buku-buku yang hancur tersebut. Untuk mengelak daripada kesemua buku-buku tersebut dibaham rakus kesemuanya oleh anai-anai, pada hari itu juga saya mengangkut buku-buku tersebut pulang ke Teluk Intan dengan menggunakan beberapa trip.

Kira-kira dua minggu selepas buku tersebut diedar di pasaran, suatu pagi, ketika membaca Utusan Malaysia di muka dalaman, saya terlihat wajah seseorang yang saya rasa amat saya kenali yang dicetak besar di laman tersebut. Hampir tiga empat saat saya cuba mengingat wajah yang terpampang besar tersebut sebelum tiba-tiba saya menyedari bahawa wajah itu adalah wajah saya sendiri dan artikel yang mengisi hampir keseluruhan muka sembilan akhbar tersebut (di samping iklan yang memakan ruang hampir satu pertiga daripada ruang akhbar tersebut) adalah preview tentang buku saya, dengan petikan daripada preview tersebut ditulis besar-besar: “Buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat, terutamanya orang Melayu, yang mahu berjaya”.

Buku tersebut memang benar-benar meletup. Kedai Buku Universiti Malaya membuat tempahan tambahan malah dengan bayaran tunai, dan menurut mereka, orang yang pertama yang membeli buku tersebut ialah tak lain dan tak bukan daripada Professor Ungku Aziz sendiri, Naib Chanselor Universiti Malaya pada masa itu. Pegawai yang menguruskan tempahan buku tersebut memberitahu saya ketika saya menghantar tempahan tersebut, “Awak bernasib baik, dengan menulis hanya sebuah buku, awak telah menjadi terkenal di seluruh negara,” kata beliau.

Buku tersebut memang meletup di kedai, tetapi kutipannya langsung tidak berbaloi. Terlalu banyak kedai yang mengelak dari membuat bayaran sehinggakan setelah berkali-kali dikunjungi, bayaran yang dikutip langsung tidak berbaloi dan tidak dapat pun menampung kos pengedaran buku tersebut. Terdapat sebuah kedai buku yang amat besar di Brickfield yang menerima hantaran tiga ratus naskah buku-buku tersebut tetapi bila saya mengunjunginya sendiri untuk menuntut bayaran, petugasnya memberitahu bahawa semua buku tersebut telah habis dijual dan bayarannya akan dihantar menerusi pos.

Seminggu kemudian saya menerima surat daripada kedai buku setinggi empat tingkat itu, memaklumkan kepada saya bahawa mereka tidak boleh membuat pembayaran oleh kerana semasa buku-buku tersebut ditinggalkan di kedai mereka, serahan itu tidak disahkan oleh syarikat.

“Habis, jika tidak disahkan, kenapa ia dijual sampai habis?” tanya saya, berang.

“Itu diluar bidang kuasa saya untuk menjawabnya,” demikian jawapan angkuh yang diberi oleh pegawai yang menjawab panggilan sebelum panggilan itu diputuskan. Beberapa panggilan selepas itu dijawab dengan engaged tone.

Tak lama kemudian kedai buku milik sebuah parti politik itu diisytiharkan muflis dan ditutup. Penutupan kedai tersebut hanya memenuhi dendam saya tetapi tidak bermakna apa-apa untuk mengurangkan beban kewangan yang semakin menghimpit saya. Gaji dan elaun tetap saya yang berjumlah lebih daripada tiga ribu ringgit tidak cukup pun untuk menampung bayaran ansuran pinjaman dan faedah pinjaman bank. Hampir setiap hari Rabu, hari di mana mahkamah saya mengendalikan sebutan kes-kes sivil, saya mengarahkan defendan atau debtor supaya membayar pinjaman, malah saya pernah mengeluarkan perintah supaya seorang debtor dihantar ke penjara sivil selama enam bulan kerana kegagalan melaksanakan perintah membayar hutang oleh mahkamah saya, dan di saat saya menjatuhkan hukuman tersebut, saya bertanya kepada diri saya, bila pula saya akan berada di tempatnya?

Bukan sahaja penerbitan buku tersebut tidak menjadikan saya sebagai seorang yang kaya sebagaimana sangkaan saya sebelumnya, malah meng‘kayap’kan saya, tetapi juga, langkah saya memaksa anak-anak supaya melakukan aktiviti matematik di dalam bahasa Inggeris sewaktu mereka di rumah, terutamanya sewaktu saya membimbing mereka menyelesaikan latihan matematik yang dibekalkan oleh guru-guru sekolah mereka, menyebabkan prestasi mereka di dalam subjek matematik dan juga subjek-subjek lain menurun dengan ketara. Ini bertentangan sama sekali dengan apa yang saya katakan di dalam Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi, bahawa setelah bahasa Inggeris digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran matematik, pelajar akan melonjak cemerlang di dalam subjek matematik dan seterusnya, subjek-subjek sains.

Suatu hari, penolong pengurus Bank Bumiputra Teluk Intan menghubungi saya, memberitahu bahawa mereka telah diarahkan oleh Pusat supaya menyaman saya di mahkamah saya sendiri sekiranya saya gagal melunaskan bunga pinjaman bank yang telah terkumpul menjadi RM250 pada ketika itu. Saya diminta membayar bunga tersebut sebelum 12.30 tengah hari hari itu. Saya menghubungi isteri di rumah bertanya kalau-kalau dia mempunyai simpanan untuk memenuhi tuntutan bank tersebut.

Dia tidak mempunyai simpanan wang tetapi mencadangkan supaya rantai dan cincin perkahwinan kami digadai untuk tujuan tersebut. Saya memanggil Linggam, tukang kebun mahkamah, memintanya ke rumah saya, mengambil rantai dan cincin isteri saya dan seterusnya ke kedai pajak gadai untuk menggadai barang-barang tersebut.

“Tolong jangan pecahkan rahsia ini kepada sesiapa jua,” saya memberi amaran kepadanya. Dia akur.

Sebelum tiba waktu yang dinyatakan, bunga sebanyak RM250 itu telah dibayar oleh Linggam kepada pihak bank. Masalah itu selesai, tetapi bagaimana dengan masalah-masalah yang bakal hadir pada hari-hari selepas itu?

Malam itu saya meleteri anak-anak saya.

“Telah hampir setahun ayah menyuruh kamu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran kamu dan sebagai bahasa yang kamu gunakan bagi menyelesaikan masalah matematik kamu. Sehingga kini, jangankan kamu mampu menyelesaikan masalah matematik di dalam bahasa Inggeris, menghafal darab di dalam bahasa Inggeris pun kamu tidak mampu.”

“Ayah suruh kamu hafal darab di dalam bahasa Inggeris sebab sebutan nombornya lebih pendek dibanding dengan menggunakan bahasa Malaysia, oleh itu kamu dapat menjimatkan lebih banyak masa. Tapi kamu? Hafal sepuluh minit, tidur. Esok, hafal lagi, sepuluh minit, mengantuk, tidur. Lusa, ayah pegang rotan. Malam ini, ayah tunggu kamu, jika kamu sepuluh minit, mengantuk tidur, ayah akan pukul kamu seorang sepuluh rotan. Namun, bila ayah mengantuk, tidur, kamu pun tidur juga.”

Terkebil-kebil mata anak-anak saya mendengar leteran saya. Sepatah pun mereka tidak berani menjawab.

“Siang tadi,bank telefon ayah. Emak terpaksa gadai rantai dan cincin untuk bayar bunga bank, jika tidak bank akan saman ayah. Kalaulah kamu, sekurang-kurangnya telah kuasai darab di dalam bahasa Inggeris pada hari ini, besok juga kita akan langgar pejabat Perdana Menteri dan minta dia tolong jelaskan hutang ayah kerana mencanangkan kononnya jika belajar matematik di dalam bahasa Inggeris, prestasi pelajar-pelajar Melayu di dalam subjek matematik akan melonjak naik. Malangnya kamu tidak bersama ayah. Kamu tidak sokong ayah. Kamu bagai menyatakan bahawa apa yang ayah tulis di dalam buku ayah adalah tidak benar.”

“Dengar sini baik-baik,” kata saya sambil mengacah-acah rotan yang saya pegang di tangan.

“Balik dari sekolah esok, selepas waktu maghrib, ayah akan uji kamu. Jika kamu masih tidak kuasai darab dua hingga lima, di dalam bahasa Inggeris, ayah akan sebat kamu dengan sepuluh rotan seorang. Lusa pula ayah nak kamu kuasai darab enam ke sembilan, jika gagal, tambah lagi seorang sepuluh rotan.”

Besoknya, selepas waktu maghrib, sebagaimana yang telah saya janjikan, saya memegang rotan di tangan dan memanggil mereka mengadap saya. Setelah bertolak-tolak, mereka akhirnya duduk di hadapan saya. Mata mereka liar memandang hujung rotan yang saya pegang. Sebenarnya pada malam itu perasaan saya telah sejuk dan tidak se‘bengang’ semalam.

“‘Dah hafal darab?” tanya saya, tetapi dengan muka manis kerana saya tidak mahu menakutkan mereka lagi. Nurul Hidayah di Tahun 2 dan Nur Amin pula di Tahun 3 pada masa itu.

“‘Dah,” jawab mereka, serentak.

“Darab apa?”

“Darab sifar hingga lima.”

“Dalam bahasa apa?”

“Dalam bahasa Inggeris,” jawab mereka, serentak, terketar-ketar. Nur Arif, adik mereka yang ketika itu baru berusia lima tahun, memerhatikan dari jauh.

“Hafal tengok,” kata saya.

Two two four, ttwo four, two two four, two two four,” kata mereka.

“Berapa kali two two four ‘da?” tanya saya, meniru gaya pertuturan Tan Sri P.Ramlee di dalam filem-filemnya. “Three two?” saya menyergah mereka.

Three two four,” mereka terkejut dan serentak menjawab.

“Tahan tangan!” saya mengarahkan mereka. Nur Amin mengangkat tangan dan membuka tapak tangannya, membiarkan saya memukulnya sebanyak tiga rotan. Setiap kali dipukul, dia mengosok-gosok tangannya, dan mengangkatnya semula untuk dipukul lagi. Mukanya mencuka.

“Kamu pula, Ida,” kata saya kepada Nurul Hidayah.
Nurul Hidayah mengangkat tangannya, tetapi setiap kali saya mengangkat rotan untuk memukul tangannya, serentak dengan itu juga dia menjatuhkan tangannya.

“Lebih baik kamu tahan tangan kamu, Ida. Biar ayah pukul sementara ayah masih tersenyum. Walaupun ayah pukul kuat, kamun tak rasa sakit. Jangan biarkan ayah pukul kamu bila ayah masam muka. Bila ayah masam muka nanti, jika ayah pukul perlahan pun, kamu akan rasa sakit,” kata saya sambil ketawa, ketawa yang sengaja dikuatkan untuk menunjukkan yang saya sebenarnya tidak marah seperti semalam.

“Ayah, sebenarnya Ida bukannya tak nak hafal darab dalam bahasa Inggeris,” kata Nurul Hidayah.

“Habis, kenapa tak hafal?” saya bertanya.

“Ayah marah.”

“Tak, ayah tak marah.”

“Nanti ayah pukul Ida.”

“Ayah tak pukul. Cakap, kenapa tak hafal darab dalam bahasa Inggeris?”

“Ida tak hafal darab dalam bahasa Inggeris sebab …”

“Sebab apa?”

“Sebab …”

“Sebab apa?” saya meninggikan suara semula.

“Tengok … ayah ‘dah marah.”

“Kalau kamu cakap sekarang, ayah tak marah,” aku memujuknya.

“Ida tak hafal darab di dalam bahasa Inggeris sebab cikgu cakap, ayah berlagak cakap 'orang putih'. Kalau ayah nak berlagak cakap 'orang putih', cuba ayah masuk dalam bilik, berdiri depan cermin dan buka tengok, badan ayah hitam'ke putih?” dengan pantas Nurul Hidayah menyusun kata-katanya.

Saya tak dapat menahan rasa geli hati yang amat sangat mendengar kata-kata Nurul Hidayah. Agaknya, di sepanjang hari semenjak mendapat amaran saya semalam, dia telah memikirkan kata-kata yang mahu diucapkannya untuk mengelakkan saya daripada memukulnya. Saya segera berlari keluar rumah, malu untuk ketawa di hadapan anak-anak kerana terasakan yang jika saya ketawa di hadapan mereka, saya telah ‘tewas’ daripada melaksanakan amaran yang telah saya beri kepada mereka semalam. Saya lari keluar rumah dan ketawa sepuas-puas hati saya sehingga menyebabkan isteri saya turut keluar dan kehairanan melihat gelagat saya. Dia juga tidak dapat menahan rasa geli hatinya bila saya cakapkan apa yang telah berlaku sebentar tadi.

“Ya Allah ya Tuhanku. Why must this idea be given to me, Why not give it direct to the Prime Minister. You gave it to me, what for? Who am I? The most foolish and stupid damn senior magjistrate,” demikian antara rintih saya di dalam do’a di malam itu. Oh ya, sejak saya mulai melatih minda saya berdo’a di dalam bahasa Inggeris, di dahulukan dengan selawat dan salam di dalam bahasa Arab sebagaimana yang telah dipetuakan kepada ustaz-ustaz saya dulu, petua yang berpandukan kepada nas-nas soheh, penguasaan bahasa Inggeris saya melonjak menjadi jauh bertambah baik.

Saya tak tahu apa mimpi saya malam itu sehinggakan, bila saya bangun pada awal pagi esoknya, terngiang-ngiang di minda saya sebutan suara ‘tu’, ‘wa’, ‘ga’, ‘tu’, ‘wa’, ‘ga’, ‘tu’, ‘wa’, ‘ga’. Suara itu semakin kuat bermain di dalam benak saya sehinggakan terasakan jelas benar, seolah-olah suara itu bermain di cuping telinga saya. Lama saya termenung memikirkan suara itu.

Tiba-tiba saya tersentak! Saya dapat ilham baru! Kenapa saya paksa anak-anak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran matematik mereka? Memang sebutan perkataan dan angka di dalam bahasa Inggeris adalah pendek-pendek dibanding dengan sebutan perkataan di dalam bahasa Melayu. Tetapi minda anak-anak saya tidak berbudayakan bahasa Inggeris, dan bahasa itu masih menjadi bahasa asing di minda mereka. Walaupun saya selalu memaksakan penggunaan bahasa Inggeris bila berkomunikasi dengan mereka, mereka tidak dapat menghayatinya kerana di rumah, ibu mereka tidak bercakap di dalam bahasa Inggeris. Di sekolah, rakan-rakan dan guru-guru mereka juga tidak menggunakan bahasa Inggeris. Pada tahun itu, 1989, pentadbiran mahkamah sendiri mencanangkan yang bahasa Melayu akan digunakan sepenuhnya menggantikan penggunaan bahasa Inggeris.

Sebab itu bahasa Inggeris jadi bahasa asing bagi minda mereka kerana kekurangan pendedahan kepada penggunaan bahasa tersebut. Lainlah jika ibu mereka selalu bercakap Inggeris, di sekolah selalu bercakap Inggeris, dan jika ke masjid, mendengar Khatib membaca khutbah Jumaat dan do’a di dalam bahasa Inggeris. Sebab itu bahasa Inggeris jadi bahasa asing bagi minda mereka.

Jangankan mereka, saya sendiri, walaupun sering menggunakan bahasa Inggeris dan sentiasa menggunakan bahasa Inggeris di dalam komunikasi malah perbicaraan di sekolah, dan walaupun sentiasa menulis alasan penghakiman di dalam bahasa Inggeris dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya walaupun pentadbiran mahkamah sentiasa mewarwarkan yang mereka mahu semua alasan penghakiman di tulis di dalam bahasa Malaysia, namun minda saya tetap tidak berbudayakan dengan bahasa Inggeris sebagaimana mantapnya budaya bahasa Melayunya. Seringkali, bila mahu mengungkapkan sesuatu, perkataan di dalam bahasa Melayu muncul dahulu sebelum minda saya menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.

Jika perlu menyelesaikan masalah matematik pula, walaupun untuk sekadar melakukan penambahan yang mudah, misalnya tujuh tambah lapan, pemikiran saya terpaksa dilakukan di dalam bahasa Melayu sebelum diterjemahkan ke bahasa Inggeris untuk tujuan komunikasi. Jika menggunakan bahasa Inggeris tanpa merujuk sebutan istilah di dalam bahasa Melayu, minda saya pasti hang buat beberapa ketika. Bererti, lebih lambat menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa minda saya walaupun sebutan angkanya adalah pendek-pendek dibanding dengan bahasa Melayu. lainlah jika sejak lahir saya sentiasa terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris.

Kalaulah saya memendekkan sebutan nombor di dalam bahasa Melayu, tentulah sebutan tersebut jadi lebih mudah digunakan oleh mereka.
Tengah hari itu, sewaktu Wan Zain, teman sekuliah saya semasa di Fakulti Undang-Undang dulu yang bertugas sebagai seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, bertemu saya di dalam kamar dan saya ceritakan tentang hasrat saya mahu mencipta kaedah sebutan menggunakan sebutan di dalam bahasa Melayu yang dipendekkan, dia yang telah acap kali berbicara dengan saya tentang idea-idea yang saya garap di dalam buku Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi lantas memberitahu saya yang masyarakat Kelantan dan Terengganu sememangnya biasa membilang pendek.

Beliau yang merupakan anak jati Kelantan memperdengarkan sebutan angka-angka asas di dalam dialek Kelantan, iaitu ‘se, wa, ga, pat, ma, ne, juh, pe, le, loh’. Bagi nombor sebelas ke sembilan belas pula, sebutannya ialah, ‘lah, wa-blah, ga-blah, pat-blah, ma-blah, ne-blah, juh-blah, pe-blah dan le-blah’.

Penjelasan beliau menjadikan saya semakin yakin yang sebutan yang dipendekkan bagi nombor di dalam bahasa Melayu itu akan memudahkan anak-anak saya.

“Walaupun begitu, bagi orang-orang Kelantan sendiri, orang yang membilang di dalam sebutan pendek sebegitu dianggap pemalas,” Wan Zain mengingatkan.

“Itu kalau diambil yang negatif. Kalau diambil yang positif, pembilangan pendek seperti itu memampukan seseorang membilang bagi jumlah yang lebih banyak dengan demikian dapat menyelesaikan tugas yang lebih banyak,” kataku menyanggah.

Malam itu saya panggil anak-anak saya sekali lagi, dan menyuruh mereka menghafal darab asas di dalam bahasa Melayu yang dipendekkan.
Malam itu, pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ketika itu saya masih belum tidur kerana cuba menyiapkan alasan penghakiman bagi perbicaraan yang berlangsung di mahkamah siang tadi, anak saya mengetuk pintu bilik.

“Kenapa?” kata saya sambil membuka pintu bilik.

“Kami nak hafal darab dua belas ke darab sembilan belas,” kata Nur Amin. Nur Ariff yang berusia lima tahun turut tercegat di depan pintu bilik.

“Siapa suruh kamu hafal darab dua belas ke sembilan belas? Malam ini hafal darab dua ke darab lima, esok baru hafal darab enam ke sembilan. Ayah tak suruh kamu hafal darab lain.”

“Tapi kami ‘dah cekap darab sifar ke lima,” kata mereka.

“Jangan nak bohong.”

“Kalau ayah tak percaya, ayah tanyalah,” kata Nurul Hidayah. “Betul kamu ‘dah hafal? Bila masa kamu hafal? Yang ayah dengar tadi, kamu main sepanjang masa, sampaikan berkali-kali ayah ingatkan kamu suruh tidur tadi.”

“Kami main-main ‘tu tandanya kami hafal‘lah ayah,” kata Nur Ariff.

“Oo … main-main ‘tu tandanya hafal ya? Baik, kalau ayah tanya kamu tak dapat jawab, siap kamu.”

“Tanyalah, ayah,” kata Nurul Hidayah penuh yakin.

“Enam darab enam?”

“Nam nam ganam - tiga puluh enam,” jawab keduanya, pantas.

“Lapan darab sembilan?”

“Pan lan ja jawa - tujuh puluh dua.”

“Tujuh darab lapan?”

“Juh pan ma nam - lima puluh enam.”

“Lima darab tiga?”

“Ma ga malas – mak juga pemalas,” kata mereka serentak sambil tertawa sekuat hati mereka.

“Ma las nombor apa?” tanya saya, tidak mempedulkan kelucuan yang cuba mereka tonjolkan.

“Lima belas.”

Setelah ditanya beberapa soalan lagi, sahlah yang mereka telah kuasai darab sifar hingga sebelas – darab sifar, satu, sepuluh dan sebelas tidak perlu dihafal.
Mulanya saya sendiri hairan, bagaimana mereka boleh menghafal darab asas sebegitu pantas. Kalau ya pun, penguasaan darab berkenaan sepatutnya ia mengambil masa tiga atau empat hari, iatu pun dengan tidak membuat apa-apa kerja lain. Bagaimanapun, bila mengingat kembali lelucon yang cuba mereka perbesarkan tadi – ma ga ma las – mak juga pemalas, di saat itu juga terfikir oleh saya kenapa mereka dapat mengingatnya dengan mudah. Bunyi sebutan angka yang dipendekkan itu menghasilkan perkataan-perkataan tertentu yang menguatkan ingatan.

Misalnya, wa wa pat, ia berbunyi seperti ‘Wa wafat’. ‘Wa pa pan : wa papan’. Dengan serta-merta saya teringat, bila saya memilih nombor-nombor pendaftaran untuk kereta yang saya baru beli, Pengarah JPJ Perak menasihatkan saya supaya tidak memilih nombor 14 kerana nombor itu tidak diminati oleh orang-orang China dengan itu kereta itu sukar dijual bila mahu dijual nanti. Di dalam bahasa Mandarin, 14 berbunyi yi-si yang berbunyi seakan-akan ‘makan-mati’.Di antara nombor-nombor pendaftaran yang telah ditempah tetapi tidak dituntut oleh penendernya, yang saya disuruh pilih, beliau mencadangkan kepada saya supaya memilih nombor 38. Bagi orang Cina, 38 bila disebut di dalam bahasa Mandarin berbunyi seakan-akan ‘hidup makmur’. Oleh itu nombor itu amat disukai oleh

Jika diamati, sebutan nombor-nombor di dalam bahasa Inggeris juga menghasilkan kesan sedemikian, misalnya 3×2=6 berbunyi seakan-akan ‘tree too sick’, 4×2=8 berbunyi seakan-akan ‘four to eat’, ‘5×5=25’ berbunyi ‘pie-pie-two pie’. Bagaimanapun oleh kerana di dalam bahasa Inggeris, penggunaan grammar yang tepat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu maksud ayat atau ungkapan, minda di dalam bahasa Inggeris tidak begitu peka kepada susunan nombor yang berbunyi seakan-akan perkataan tertentu. Ini berbeza dengan bahasa-bahasa Cina yang biasa dikatakan sebagai ‘bahasa yang tidak mempunyai grammar’.

Besoknya, ketika mencuba membantu anak-anak saya untuk menghafal darab dua belas ke sembilan belas, dan beberapa hari selepas itu, saya dapati mereka mengalami kesukaran untuk menghafal darab-darab tersebut dan tidak lagi berminat melakukannya.
Saya cepat dapat mengesan sebabnya, pertama, sebutan ‘las, wa-las, ga-las, pat-las, ma-las, nam-las, juh-las, pan-las dan lan-las’, bukan sahaja terlalu panjang untuk digunakan sebagai kod di dalam aktiviti menghafal darab dua belas ke sembilan belas, tetapi juga amat kekurangan unsur-unsur mnemonic yang dapat membantu menguatkan daya ingatan mereka dan memudahkan hafalan.

Setelah berbincang dengan mereka, akhirnya kami mengambil keputusan mengenepikan sebutan-sebutan tersebut, sebaliknya menggunakan sebutan pangkal bagi mewakili nombor-nombor itu. Sebutan tersebut ialah ‘se untuk sebelas, du untuk dua belas, ti untuk tiga belas, dan begitulah seterusnya. Bagi nombor tujuh belas, oleh kerana sebutan ‘tu’ yang merupakan sebutan pangkal bagi tujuh belas bertindih dengan sebutan ‘tu’ untuk nombor satu, sebutan untuk nombor tujuh belas kami ubah jadi ‘te’.

Selain dari itu, bila mendapati yang mereka mengalami kesulitan untuk menyebut nombor-nombor seperti ‘pat’, ‘nam’ dan ‘juh’, saya cadangkan agar sebutan nombor-nombor tersebut dipermudahkan jadi ‘pa’, ‘na’ dan ‘ja’ sahaja, walaupun sebutan asal ‘pat’, ‘nam’ dan ‘juh’ tetap dikekalkan sebagai sebutan untuk nombor-nombor empat, enam dan tujuh. Dalam masa dua tiga hari selepas itu saya dapati mereka telah kuasai darab sifar ke sembilan belas – dengan cara menghafal darab-darab tersebut menggunakan kod-kod pendek yang bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga menjadikan hafalan jadi berpuluh kali lebih mudah disebabkan oleh kewujudan unsur mnemonic atau cerita di dalam kod-kod tersebut.

Kemahiran mereka menarik perhatian rakan-rakan wartawan di Teluk Intan. Berita mengenai kaedah Mokhdar mulai terpapar di dalam akhbar, yang seterusnya menarik perhatian stesen-stesen radio dan TV. Semasa penerbit Dimensi memaklumkan yang mereka mahu datang ke Teluk Intan untuk membuat liputan mengenai kaedah Mokhdar, saya mencadangkan mereka turut merakam segmen saya memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk melihat bagaimana reaksi pelajar-pelajar terhadap kaedah yang mudah itu. Saya menghubungi Pegawai Pendidikan Daerah dan beliau mencadangkan supaya rakaman tersebut dibuat di sekolah di mana anak beliau belajar iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz.

Setelah berbincang dengan guru besar sekolah berkenaan, sebelum kedatangan krew Dimensi, saya membuat rehearsal dengan guru-guru dan pelajar. Sempat juga saya berkempen kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut untuk memiliki buku nipis bersaiz mengenai kaedah yang baru beberapa hari saya ilhamkan itu, berukuran separuh A4 dengan ketebalan empat puluh lapan muka surat. Ia sempat dicetak oleh syarikat percetakan di Teluk Intan yang telah mencetak buku Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi, dengan jumlah cetakan sebanyak dua ribu naskah.

Buku yang dijual dengan harga RM3.00 sebuah itu habis dibeli oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut sehari selepas rakaman oleh krew Dimensi dibuat. Kelarisan tersebut pastinya disebabkan oleh keghairahan pelajar dan guru dengan kaedah Mokhdar yang akan menyebabkan gambar mereka, sekolah mereka dan nama-nama mereka muncul di dalam program TV. Pada hari rakaman dibuat, saya jadi benar-benar glamour seperti artis popular, dengan pelajar dan guru-guru berebut-rebut mahu bersalaman dengan saya.

Bermula dari saat itu, masalah kewangan yang sebelumnya saya sangka tidak akan berpenghujung bagi saya mulai menampakkan harapan akan dapat diselesaikan. Jualan sebanyak dua ribu naskah dalam masa satu hari itu bukan sahaja memampukan saya menunaikan janji menyelesaikan kredit cetakan dalam masa tiga hari, tetapi juga memampukan saya menjelaskan sebahagian kecil daripada kredit bagi percetakan buku RBBR. Syarikat percetakan mulai kembali yakin dengan kemampuan saya menjelaskan kredit, dan mencetak sebanyak lima ribu naskah lagi buku kecil tersebut.

Pada hari esoknya selepas semalamnya segmen Kaedah Mokhdar tersiar di dalam dokumentari Dimensi, telefon di Mahkamah Teluk Intan menerima panggilan dari seluruh negara bertanyakan tentang kaedah Mokhdar. Walaupun nombor telefon mahkamah tidak disiar di dalam Dimensi, tetapi tentulah tidak susah bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menghubungi saya di Mahkamah Teluk Intan. Saya berpesan kepada operator telefon Mahkamah supaya memberikan nombor telefon rumah saya kepada para pemanggil dan meminta mereka menghubungi saya selepas pukul lima petang.Selama lebih daripada dua minggu selepas itu, telefon di rumah saya mulai aktif berdering dari jam lima petang hinggalah ke lewat malam.

Ada yang mengucapkan tahniah, ada yang mahu menjemput saya memberi ceramah di sekolah atau pejabat mereka, ada yang menawarkan untuk mengedar buku-buku tulisan saya, ada yang ingin menyusun program-program ceramah untuk saya dan ada yang menelefon semata-mata mahu berkenalan dengan saya.

Seorang rakan karib abang saya, Cikgu Abdul Rahim, yang mengajar di sebuah sekolah di Taiping menefon saya dan beberapa hari kemudian datang ke rumah saya meminta izin untuk menyusun ceramah-ceramah di sekolah-sekolah di Taiping.

“Abang rasa kita akan dapat memberi banyak sumbangan kepada pelajar-pelajar kita terutamanya pelajar-pelajar Melayu setelah kaedah ini diperkenalkan dengan lebih jelas kepada mereka,” kata beliau.

Beliau menjadi amat bersemangat melihat kemampuan saya mengingat angka yang banyak, walaupun pada masa itu kemahiran saya adalah di peringkat paling awal dan jika diukur menggunakan angka, tak sampai pun 0.05 peratus daripada kemahiran yang saya miliki kini, selepas lebih daripada enam belas tahun bergiat aktif menyebarkan maklumat mengenai kaedah ini dan membuat sekian banyak kaji selidik dan eksperimen.

Saya menyetujui permintaan beliau, tetapi menetapkan jangka masa selama tiga hari dan meminta beliau mengisi penuh waktu selama tiga hari tersebut. Sekiranya beliau dapat memenuhkan jadual selama tiga hari tersebut, saya sedia bercuti selama tiga hari tersebut.
Beliau menghubungi saya tiga hari berikutnya memaklumkan nama-nama sekolah yang mahu menjemput saya, dengan pengisian slot sebanyak lima ceramah setiap hari termasuk pada waktu malam.

Ceramah-ceramah yang saya beri percuma itu berjaya menghasilkan kutipan jualan melebihi dua belas ribu ringgit. Buku-buku yang saya jual ialah RBBR yang dijual secara satu set dengan buku kaedah nipis kaedah Mokhdar dengan harga RM10.00 satu set. Pada hari kedua pihak bank menefon saya meminta saya mendepositkan ke dalam bank wang tunai sebanyak RM10000 bagi menjelaskan bayaran untuk sekeping cek post-dated yang telah saya keluarkan kepada syarikat percetakan. Pada sangkaan saya, tarikh cek tersebut yang telah saya keluarkan beberapa minggu sebelumnya belum lagi matang pada tarikh itu.

Pada masa itu wang di tangan saya belum pun mencukupi RM10000. Saya memendekkan waktu ceramah untuk berkejar ke bank dengan berapa sahaja jumlah wang ada, iaitu lebih kurang RM9000. Sebaik habis ceramah, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh tersebut menyerbu kaunter jualan, yang dikendalikan oleh seorang konstabel polis di Teluk Intan yang amat rapat dengan saya dan bercuti untuk mengikut saya bagi membantu saya. Saya berbisik kepadanya dan beliau menyerahkan semua wang kutipan jualan yang ada pada masa itu kepada saya. Kemudian saya meminta Cikgu Rahim, rakan abang saya di kampung kelahiran saya di Bongor (dalam daerah Baling) dahulu untuk memandu kereta bagi mempastikan yang saya tidak sesat di dalam perjalanan ke bank.

Sambil itu saya menghubungi bank saya di Teluk Intan meminta mereka menghubungi cawangan mereka di Taiping bagi membolehkan saya mendepositkan wang yang perlu didepositkan secepat mungkin. Sungguhpun penolong pengurus yang menerima deposit saya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sebahagian daripada wang yang masih bergumpal dan terperonyok, jumlah wang yang saya depositkan adalah jauh lebih daripada mencukupi untuk memuaskan cek bernilai RM10000 tersebut.

Beberapa minggu selepas itu datang pula seorang bekas guru besar yang ingin membeli buku-buku saya untuk dijual. Saya mencadangkan kepadanya supaya melakukan apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Abdul Rahim. Ini kerana hanya selepas audien mengikuti penjelasan yang mencukupi dan melihat demonstrasi yang diberi, mereka akan membeli buku-buku tulisan saya. Jualan untuk satu ceramah oleh saya adalah jauh lebih banyak daripada jualan yang dibuat oleh orang lain atau jualan menerusi kedai buku selama lebih dari tiga bulan.
Beliau bersetuju dan beberapa hari kemudian, hampir setiap petang saya meninggalkan Teluk Intan bagi memberi ceramah-ceramah yang telah diatur oleh bekas guru besar tersebut di semua sekolah berasrama atau berasrama penuh di seluruh negeri Perak, manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, beliau mengatur tak kurang dari empat ceramah sehari, bermula dari jam 8.00 pagi hinggalah jam 11.00 malam. Sekiranya terdapat hari-hari di mana beliau gagal menyusun program untuk saya, saya sendiri yang menghubungi pengetua menawarkan ceramah saya.

Oleh kerana nama saya semakin menjadi sebutan, mungkin disebabkan oleh sekian banyak faktor yang menyebabkan saya semakin mudah diterima, antaranya, dimensi baru yang saya bawa yang membawa harapan bagi penyelesaian masalah pelajar di dalam subjek matematik dan sains, kebolehan saya memberi ceramah yang dapat memikat perhatian semua golongan sama ada golongan pelajar menengah atau rendah, guru, ibu bapa, pekerja atau sebagainya, kemahiran yang dianggap hebat pada masa itu iaitu dapat mengingat nombor yang panjang dalam masa yang amat pantas, serta dibantu pula oleh kecekapan penguasaan darab asas oleh anak-anak kecil yang sering saya bawa bersama, pihak sekolah semakin mudah menerima malah mengalu-alukan kehadiran saya.

Mungkin apa yang dipercayai oleh masyarakat Cina berkaitan dengan fengshui ada asasnya. Sejak saya menggunakan nombor pendaftaran bagi kereta yang baru saya beli, ABW 38, di mana di dalam bahasa Mandarin, 38 berbunyi seakan-akan ‘hidup makmur’, saya dapati kehidupan saya mulai ‘hidup’ dan mulai ‘makmur’. Rakan-rakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pula, yang telah terpengaruh dengan budaya Cina yang begitu menitikberatkan Fengshui daripada apa sahaja yang dilalui mereka, menyebut ABW sebagai ‘aku buat wang’, ‘aku buang wang’, ‘aku bazir wang’ dan ‘aku berwang”. Semuanya, menurut mereka, membawa fihrasat positif kerana jika ‘Aku’ tidak ‘buat’ wang atau ber ‘wang, bagaimana ‘Aku’ mampu mem‘buang’ atau mem‘bazir’ wang’?

Semenjak RBBR diberi publisiti meluas oleh media cetak dan elektronik, dan semenjak sering dijemput ke TV dan radio untuk beberapa siri talk-show yang walaupun kandungan perbualannya penuh kontroversi namun masih dapat saya sampaikan dengan cara yang halus sehinggakan ramai yang dapat menerima kata-kata saya, saya mendapat mileage yang amat baik dan dari situlah saya berpeluang menemui dan berbincang dengan ramai tokoh-tokoh tersohor.

Malangnya harapan saya untuk melihat penemuan-penemuan dan idea-idea yang saya kemukakan itu diberi perhatian serius dan diberi tempat di dalam agenda melonjakkan pencapaian bangsa dan negara tampak seperti tidak akan kesampaian. Banyak sudah guru-guru dan pelajar-pelajar yang mendengar taklimat saya, yang memberi tepukan bergemuruh bagi setiap ucapan dan demonstrasi saya yang memukau minda mereka. Dalam masa lebih daripada tiga tahun, saya telah sampai ke hampir semua sekolah menengah di Perak, dan hampir semua sekolah berasrama penuh atau sekolah elit berasrama di seluruh negara.

Setelah Cikgu Anuar, bekas guru besar yang aktif menyusun ceramah-ceramah saya di sekolah-sekolah berasrama dan berasrama penuh di Perak telah meng‘habis’kan semua sekolah berkenaan di Perak, beliau tidak berhasrat untuk keluar dari Perak kerana kekurangan kenalan dan tidak bersedia untuk ke outstation. Sejak itu saya menyusun sendiri program saya dengan menghubungi pengetua-pengetua sekolah-sekolah menengah berasrama penuh atau berasrama di seluruh negara. Saya tetapkan kawasan yang saya ingin tujui dan selepas mendapat slot pertama, saya hubungi semua sekolah yang berpotensi di sekitarnya agar jadual saya diisi penuh.

Sejak itu pada setiap hujung minggu saya sentiasa berada jauh di luar daerah dan bagi urusan remand dan sebagainya yang memerlukan tindakan atau perintah segera oleh majistret, ia diuruskan oleh majisteret yang seorang lagi. Jika beliau juga tidak ada di Teluk Intan, saya mendapatkan persetujuan daripada beberapa orang Penolong Pegawai Daerah atau Settlement Officer yang digazetkan sebagai Majistret Kelas Dua. Bagaimana pun kes sedemikian jarang-jarang berlaku.

Setelah lebih daripada dua tahun berlalu, walaupun keadaan ekonomi saya telah menjadi bertambah teguh dan mampu servis hutang-hutang saya walaupun jumlah hutang masih juga banyak, saya rasakan bahawa segala idea dan penemuan saya masih bagaikan tidak wujud. Walaupun saya sering bertemu dengan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Tallib, dan gergasi politik masa itu iaitu Dato’ Seri Megat Junid yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya lihat mereka juga bagaikan tidak melihat peluang besar untuk melonjakkan bangsa Melayu sehingga mampu bersaing malah menewaskan pencapaian semua bangsa-bangsa lain di dunia.

“Saya rasa kata-kata Mokhtar ini benar. Baru sekarang saya terfikirkan mengenainya. Perkataan kita panjang, sebab itu kita memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan banyak perkara,” kata Pemangku Pemuda UMNO Malaysia kepada saya, Dato’ Nazeri bin Tan Sri Aziz, dalam suatu perbincangan dengan beliau di Rumah Rehat Teluk Intan. Pertemuan itu diaturkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian mengambil kesempatan daripada kehadiran Dato’ Nazeri.

Beliau berkata demikian, tetapi ia habis di situ sahaja. Puas saya menanti ucapan-ucapan beliau yang akan menyentuh tentang kandungan buku RBBR yang saya hadiahkan kepada beliau, berserta dengan buku kecil kaedah Mokhdar dan kemahiran mengingat angka yang panjang dalam masa yang amat pantas, namun itu tidak berlaku.

“Kandayah, saya rasa kaedah ini memang baik, dan akan mengubah pencapaian bangsa saya dan seluruh bangsa Malaysia. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberi perhatian serius kepadanya,” demikian adu saya kepada Kandayah, wartawan Tamil Osai tersebut.

“Teruskan perjuangan, tuan. So far so good,” kata beliau.

“Kalau so far so good, sudah pasti kaedah ini telah diberi perhatian oleh Perdana Menteri. Ini masih di tahap lama juga,” kata saya.

“Tuan mesti bersabar. Perjuangan menuntut kemerdekaan pun mengambil masa lebih daripada sepuluh tahun. Kejayaan tidak akan datang dengan mudah,” kata beliau.

“Sepatutnya tindakan mengenai penemuan saya diambil dalam tempoh dua tahun. Sepatutnya Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program ini, atau setidak-tidaknya menjemput saya untuk bertanyakan lebih lanjut tentang program ini. Tapi, apa yang berlaku?”

Slow and steadylah, tuan. Orang Islam berkata, sabar itu adalah separuh dari iman. Tuan mesti bersabar.”

“Saya memang amat bersabar, tetapi bangsa saya tidak boleh dibiarkan terus tewas. Kandayah, you jangan terkejut, saya mungkin akan meletak jawatan dalam waktu terdekat ini,” kata saya.

Kandayah betul-betul terkejut.“Tuan, kenapa perlu letak jawatan. Slow and steadylah,” demikianlah kata-kata awal Kandayah, kata-kata yang lahir spontan dari seorang sahabat yang amat mengambil berat tentang saya, dan yang sering menjadi teman mendengar luahan hati saya sejak dia mulai kenal rapat dengan saya. Kata-kata itu, sebagaimana yang saya telah catatkan di awal bab ini, masih terngiang-ngiang jelas di telinga saya sehingga ke hari ini.

Idea dilaksanakan nama dilupakan

Saya tidak pernah termimpi untuk mendapat idea seperti ini. Saya tidak tahu adakah ia suatu rahmat atau suatu beban. Bayangkan, pada tahun 1986, saya dihadapkan dengan fakta bahawa perkataan di dalam bahasa kita yang tercinta adalah panjang-panjang dibanding dengan kebanyakan bahasa bagi bangsa-bangsa yang lebih maju dari segi pencapaian ekonomi dan teknologinya. Dibanding dengan mereka, kepanjangan perkataan ini menghasilkan kos pengurusan masa yang lebih tinggi, masa yang lebih lama untuk berfikir, mengingat, berkomunikasi, menulis,membaca, bekerja, berbual kosong, berkhayal, menghantar SMS, bermesyuarat, memberi dan menerima arahan, belajar dan mengajar, berlakon, menyanyi, menulis dan mendeklamasikan sajak, membuat keputusan, bertindak dan sebagainya.
Misalnya, kenapa lakonan di dalam filem atau drama action di dalam bahasa Malaysia tampak lembab? Perkataan yang panjang menghasilkan dialog yang panjang yang pasti tidak mampu terungkapkan dalam dunia kenyataan, lantas dialog di dalam filem action sedemikian menjadi sesuatu yang terlalu asing daripada dunia realiti lalu ia tampak bagaikan ‘mengada-ngada’ dan memualkan.
Begitu juga di dalam pengurusan perniagaan dan sebagainya. Tidakkah kepanjangan masa berkomunikasi menjadikan segala urusan menjadi lebih lama dan kos masa yang lebih lama ini bukan sahaja menyebabkan ketinggian kos-kos lain dan kerendahan kuantiti dan kualiti produktiviti, tetapi kesan yang lebih hebat adalah terhadap pencapaian bangsa sendiri secara keseluruhannya. Ambillah contoh mudah, dua juta pengguna telefon Melayu dengan dua juta pengguna telefon Cina, berkomunikasi Ambillah contoh mudah, dua juta pengguna telefon Melayu dengan dua juta pengguna telefon Cina, berkomunikasi dengan rakan-rakan masing-masing di dalam bahasa yang diselesai masing-masing, Cina dengan dialek-dialek bahasa Cinanya dan Melayu dengan dialek-dialek di dalam bahasa Melayunya.
Katakan untuk mengungkap, "Wa ai ni" (aku sayang kepadamu – dalam bahasa Mandarin, ungkapan ini adalah ungkapan yang sempurna dari sudut bahasanya), ungkapan bersamaan dengannya iaitu "Aku cinta kepadamu" tentulah mengambil masa selama lapan detik. Bagaimanapun adalah sukar bagi penutur untuk mengungkapkan sepenuhnya "Aku cinta kepadamu" disebabkan oleh kepanjangan ungkapannya dan gemuruh rasa penuturnya bila menuturkan sedemikian, maka ungkapan yang lebih pendek, yang tidak menggunakan bahasa baku, seperti "Aku sayang kat hang" (6 suku kata), "Aku nak hang" (4 suku kata), "Ambo nak mu" (4 suku kata) dsb. Mengambil ungkapan yang paling pendek, "Aku nak hang", masih melibatkan empat suku kata dibanding dengan "Wa ai ni" yang hanya menggunakan tiga suku kata. Ambil kos masa yang terlebih panjang dengan sebutan satu suku kata yang melibatkan satu detik tersebut, darab dengan dua juta pengguna telefon Melayu dan Cina. Dua juta darab dengan satu detik bererti dua juta detik. Jika satu detik memerlukan masa selama 0.25 saat untuk diungkapkan, dua juta detik bererti 2000000 x 0.25 bersamaan dengan 50000 saat. 50000 saat pula bersamaan dengan 8333.33 minit. Jika kos bagi percakapan satu minit ialah 20 sen, 8333.33 x 20 ialah RM966.67 sen.
Itu baru untuk ungkapan 4:3 detik dalam perbualan telefon, sedangkan hitung panjang, setiap pengguna telefon membelanjakan tak kurang daripada RM50 sebulan untuk berbual di telefon. Bagaimana dengan kos-kos pengurusan yang lain, seperti bermesyuarat, berbicara, membaca, menulis dsb?. Inilah faktor yang tidak disedari, jika dihalusi, akan menampakkan betapa selama ini kegagalan kita untuk bersaing dengan orang lain khususnya rakan-rakan Tionghua adalah disebabkan oleh kos pengurusan masa kita yang lebih tinggi dibandingkan dengan kos pengurusan masa mereka berdasarkan kepada ungkapan yang memerlukan masa yang lebih lama untuk dibereskan. Dalam dunia persaingan ekonomi dan perniagaan yang sengit, walau sedikit pun handicap yang kita miliki, kita akan tewas kepada orang yang tidak memiliki handicap sedemikian.
Inilah kisah sedih saya. Saya mulai menyedarinya ketika mulai bertugas sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen (1986). Di sana saya melihat betapa statut di dalam bahasa Melayu adalah lebih tebal jumlah muka suratnya dan lebih banyak jumlah masa yang digunakan untuk membacanya (lantaran ejaan ‘more’ menghasilkan sebutan ‘mo’ di dalam bahasa Inggeris tetapi menghasilkan sebutan ‘mo-re’ di dalam bahasa Malaysia). Ketika itu juga saya kebetulan memasukkan iklan ke dalam tiga akhbar berbahasa Malaysia, berbahasa Inggeris dan akhbar-akhbar Cina yang menggunakan tulisan kanji Dengan bayaran RM20, saya cuma mampu memasukkan 10 perkataan di dalam iklan bahasa Malaysia saya, di dalam akhbar berbahasa Inggeris, saya mampu memasukkan lebih kurang 14 perkataan (lantaran saya dibenarkan menggunakan acronym dan abbreviation) tetapi di dalam akhbar-akhbar bertulisan kanji, saya mampu memasukkan sehingga 300 perkataan, jika saya mahu.
Menerusi iklan tersebut juga saya ditakdirkan bertemu dengan Lim Ah Hong (nama sebenar beliau - bukan nama yang membawa connotation ‘bohong’, kanak-kanak nakal berusia tujuh tahun yang enggan dipaksa membilang di dalam bahasa Melayu sebaliknya tetap juga membilang di dalam bahasa Mandarin. Di situlah bermulanya pemikiran saya tentang hubungan di antara perkataan yang panjang dengan kelajuan berfikir dan berkomunikasi penggunanya. Saya hebahkan penemuan saya kepada rakan-rakan, di antara mereka adalah wartawan-wartawan akhbar bahasa Malaysia, bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Mereka mendengar dengan penuh kusyuk di dalam kamar saya (kamar Majistret Kanan) di Mahkamah Teluk Intan.
Tak lama kemudian boss saya di Teluk Intan, Hakim Sesyen Chong Siew Khim, memaklumkan kepada saya tentang suatu artikel yang terbit di dalam akhbar Nan Yang Siang Pao, yang mengandungi tulisan yang sama dengan apa yang saya selalu bicarakan - bahawa terdapat hubungan yang rapat di antara kemajuan ekonomi dan pencapaian teknologi orang-orang Cina dengan kepadatan perkataan yang mereka tulis dan ungkapkan. Inilah antara kisah sedih saya - setahun kemudian, seorang rakan saya berbangsa Tionghua yang memeluk Islam dengan selamba memberitahu saya bahawa orang-orang Cina telah lama tahun tentang fakta tersebut tetapi tidak berani bercakap tentangnya. Tak apalah.
Walau bagaimanapun, sejak kaedah Mokhdar mulai dikenali ramai, bersama dengan hujah-hujah yang membawa kepada penciptaan kaedah ini, ahli-ahli masyarakat mulai berbicara tentang apa yang saya utarakan. Kaitan di antara sebutan nombor yang panjang dengan kelembapan di dalam menangani masalah pembelajaran dan penyelesaian masalah mathematical mulai dimasukkan ke dalam senarai kenapa pelajar-pelajar Melayu kalah di dalam persaingan dengan pelajar-pelajar Tionghua. Sejak itu saya sering mendengar ungkapan-ungkapan pendapat orang ramai, yang antaranya berceramah kepada saya sendiri, mem‘beritahu’ saya bahawa antara sebab pelajar Melayu tewas di dalam matematik dan sains adalah
disebabkan oleh sebutan yang panjang bagi angka, simbol, ungkapan dan ayat matematik!
Pada tahun 2002, Kerajaan mengumumkan akan mengajar matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris. Saya segera menulis surat kepada Y.A.B. Perdana Menteri, mengingatkan beliau kepada surat-surat yang telah saya tulis kepada beliau, serta buku yang saya sampaikan sendiri (by hand) kepada beliau di dalam pertemua rengkas lebih kurang 10 minit di PWTC bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1993. Di dalam surat-surat dan buku tersebut saya mencadangkan supaya matematik di ajar di dalam bahasa Inggeris bagi meningkatkan prestasi pelajar khususnya pelajar Melayu di dalam bidang matematik (dan sains).
Saya memohon supaya idea tersebut tidak dilaksanakan, kerana anak-anak saya telah menjadi mangsa kepada eksperimen saya memaksa mereka berfikir di dalam bahasa Inggeris untuk hal-hal berkenaan dengan angka dan matematik semasa mereka kecil dulu. Nasib baik Mokhdar telah menyelamatkan keadaan. Sekiranya tidak ada environment bahasa Inggeris di kalangan pelajar, mengajar matematik di dalam bahasa Inggeris, untuk pelajar Melayu, akan menghasilkan kesan yang sama dengan perpatah Melayu - yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Saya cadangkan supaya matematik diajar di dalam bahasa Melayu tetapi dengan mengiktiraf Mokhdar sebagai kaedah yang memangkin penggunaan bahasa tersebut sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa pemikiran sains dan matematik yang berkesan. Saya cadangkan supaya, sekiranya tujuan kerajaan adalah untuk membetulkan masalah kelemahan pelajar di dalam bahasa Inggeris, apa yang harus diajar di dalam bahasa Inggeris ialah agama Islam, pengetahuan moral, sejarah, geografi, pendidikan seni dan pendidikan jasmani dan bukannya dengan mengajar matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris. Surat saya tidak dipedulikan walaupun salinan surat tersebut saya kirim kepada ketua-ketua pengarang akhbar-akhbar berbahasa Malaysia dan Inggeris. Malangnya ramai orang yang pernah mendengar ceramah saya, membaca artikel mengenai saya di akhbar dan majalah, atau membaca buku saya sendiri, serta rakan-rakan, yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana menyangka yang saya adalah 'penasihat' kepada Perdana Menteri di sebalik perlaksanaan dasar tersebut. Segelintir rakan yang tidak menyenangi idea saya pula mengucapkan 'tahniah' sambil mengingatkan saya supaya bersedia untuk suatu hari nanti menangis di tepi Keranda 152 (Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa rasmi Persekutuan adalah bahasa Malaysia).
Saya telah meletak jawatan pada November 1993 untuk memperjuangkan keyakinan saya yang ingin saya kongsi bersama masyarakat dan berharap masyarakat akan bertindak terhadap penemuan penting itu. Saya korbankan jawatan yang selesa dan berpengaruh, serta dengan gaji yang agak lumayan (pada usia 35 tahun, gaji dan elaun tetap saya - tanpa mengira faedah-faedah KWSP dan faedah-faedah lain - berjumlah lebih kurang RM4300.00. Kini ramai rakan-rakan saya telah jadi Hakim Mahkamah Tinggi dan semua rakan-rakan saya telah menjadi Hakim Mahkamah Sesyen dan jawatan-jawatan tinggi lainnya di dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia). Namun saya terus berjuang memberitahu masyarakat dengan pelbagai cara yang mampu bahawa kita semua adalah bijak dan rajin, cuma dengan bahasa komunikasi yang memerlukan penggunaan masa yang lebih lama menyebabkan kita ketinggalan di dalam persaingan kehidupan duniawi. Namun nanti, bila idea-idea saya dilaksanakan, nama saya dilupakan dan saya terus berada seperti ini tanpa sesiapa pun mahu mengambil peduli. Tak apalah, itulah antara tragedi yang harus saya tanggung untuk melaksanakan kewajipan di dalam kehidupan saya.

Dilema antara dua rasa berdosa

DILEMA DI ANTARA
DUA RASA BERDOSA


Sir, I keep this in, I am guilty to my nation. I speak it out, I may be guilty to my service. But, I rather be guilty to my service than to my nation

Kadang-kadang saya tidak faham kenapa ramai orang tidak faham tentang penemuan dan idea-idea saya yang telah saya mulai ketengahkan sejak tahun 1986, mulanya menerusi surat-surat rengkas kepada para pemimpin dan tokoh-tokoh akademik, media dan masyarakat, seterusnya menerusi surat yang semakin panjang dan akhirnya diterbitkan sebagai sebuah buku bertajuk Revolusi Bahasa dan Bahasa Revolusi (diterbitkan pada 1991, setahun sebelumnya diterbitkan dengan nama Bahasa dan Tamadun Bangsa). Usaha tersebut saya teruskan lagi dengan sesi-sesi pertemuan dengan tokoh-tokoh pemimpin dan masyarakat. Ada di antara pertemuan tersebut berlangsung sehingga hampir dua jam, berbincang secara mendalam, ada yang berlangsung sehingga beberapa kali, dan setiap kali pertemuan kami, isu yang saya bawa disebut-sebut semula.
Pertemuan paling singkat bagi mengutarakan idea-idea dan penemuan saya ialah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohammad, berlaku selama lebih kurang sepuluh minit, itupun dengan dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurugambar – cukup sekadar untuk melontar secara secepat kilat akan apa yang terbuku di dalam minda dan dada saya, bagaimanapun, sebagaimana yang berlaku di dalam setiap pertemuan sedemikian, akhirnya beriring dengan peninggalan tanda kenangan – buku Revolusi Bahasa dan Bahasa Revolusi dan buku-buku dan bahan mengenai Kaedah Mokhdar yang saya hadiahkan kepada beliau. Pertemuan singkat di Putra World Trade Centre itu berlaku semasa berlangsungnya Persidangan Agung UMNO tahun 1993, kira-kira dua minggu selepas saya meletak jawatan dari perkhidmatan Kerajaan.
Perbincangan yang mengambil masa antara satu jam hingga tiga jam, khas bagi membicarakan idea-idea dan penemuan saya ialah dengan Menteri Besar Johor iaitu Tan Sri Muhaiyuddin Yassin (1993), Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Dato’ Zainuddin Mydin (1991), Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka Dato’ Abdul Rahim bin Abu Bakar (1990), Pemangku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Nazeri bin Tan Sri Aziz), Menteri Penerangan, Dato’ Mohammad Rahmat (1994) dan pemimpin Semangar 46, Dato’ Dr.Rais bin Yatim (1994), Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Dato’ Anuar Musa (1997).
Pertemuan yang berlaku berkali-kali pula, dan setiap kali bertemu mereka tidak lupa daripada menanyakan semula tentang idea-idea dan penemuan saya ialah pertemuan dan perbincangan mendalam dengan Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan 1997 iaitu Dato’ Mohammad Zahid Hamidi. Saya yang turut cuba bertanding bagi merebut jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia (saya bukan seorang ahli politik, namun pada masa itu saya ingin cuba mencari wadah politik bagi mempromosikan idea-idea dan penemuan saya yang saya percaya amat penting kepada survival dan kemajuan bangsa Melayu khususnya dan negara Malaysia amnya), di dalam suatu pertemuan dengan ramai pemimpin dan ahli pergerakan Pemuda UMNO di sekeliling kami, memberitahu saya, “Mokhtar, buku you tu saya bawa ke mana-mana, you pergi tengok dalam kereta saya, ada di atas dashboard belakang kereta saya kerana saya yakin, di dalam buku itu, ada wawasan untuk bangsa dan negara, dan itulah semangat yang saya mahu bawa.”
Di dalam satu perbualan lapan mata dengan beliau di pejabat beliau di Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional di Jalan Ampang (dua orang lagi ialah En.Johari Abdul, orang kanan beliau di dalam kempen beliau, dan Hafiz, Pegawai Perhubungan Awam Mokhdar Management Sdn Bhd – syarikat yang ditubuhkan khas bagi mengusahakan penyebaran kaedah Mokhdar dan kesedaran di dalam RBBR), setelah bertanyakan kepada saya tentang harapan saya di dalam perlumbaan, Dato’ Zahid telah menyematkan lencana Pergerakan Pemuda UMNO ke baju yang saya pakai, dan kemudiannya, sambil memegang bahu saya, berkata, “Mokhtar, kalau you menang, saya akan lantik you menjadi Pengerusi Majlis Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, dan jika you kalah, saya lantik you jadi Setiausaha Majlis tersebut, yang akan ditubuhkan jika saya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.”
Beliau berjaya memenangi jawatan yang ditandinginya, manakala saya, sesuai dengan keadaan saya yang serba kekurangan terutamanya dari segi kewangan dan pengalaman, telah kecundang walaupun mendapat sejumlah undi yang agak boleh dibanggakan bagi orang-orang seperti saya. Selepas tamat kempen pemilihan tersebut, saya tidak menemui beliau lagi.
Di antara sekian banyak pertemuan dengan para pemimpin dan tokoh-tokoh di Malaysia, pertemuan yang paling membosankan dan membengkakkan hati dan perasaan ialah pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Dr.Ibrahim bin Saad (1990). Mungkin disebabkan oleh ketidaktepatan masa, di mana ketika itu beliau di dalam keadaan keletihan setelah melayan tamu-tamu yang datang berhari raya di rumahnya, beliau menunjukkan sikap memandang rendah kepada saya. Bila saya beri buku RBBR kepadanya, beliau berkata, ‘tak payahlah, saya ‘dah dapat buku ‘ni.” Bila saya demonstrasikan kemahiran anak-anak kecil menguasai sifir asas, mengira cepat dan mengingat sekian banyak fakta sains, sejarah, geografi, matematik dan sebagainya, ia seperti tidak menarik minat beliau sama sekali. Akhirnya, ketika merasakan yang saya tidak dihargai sama sekali di dalam pertemuan tersebut, saya sempat cuba mencuri perhatiannya dengan berkata, “Y.A.B., jika tidak pun idea-idea di dalam buku ini diterima, kenapa hasil penemuan yang telah saya buktikan tidak dijadikan sebagai suatu kaedah smart learning?”.
Saya sangka beliau akan lebih menghormati saya selepas itu, sebaliknya, dengan angkuh beliau berkata, “Apa? Smart learning? ‘Kat universiti sana, ‘dah berlambak buku-buku tentang smart-learning, tak payahlah hang nak tambah-tambah lagi!”
Mendengar kata-kata sedemikian, saya tidak tertahan lagi dan terus merintih di dalam hati, “Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau singkirkanlah orang ini dari tampuk kekuasaan kerana kekuasaan dan keangkuhan yang ada padanya tidak akan membawa bangsanya ke mana-mana.”.
Aktiviti utama saya di dalam menyebarkan idea mengenai RBBR dan kaedah Mokhdar ialah dengan mengadakan ceramah-ceramah terutamanya di sekolah, pejabat, masjid, surau, balai orang ramai, hotel dan sebagainya. Sebaik mulai muncul di Dimensi (TV1), Selamat Pagi Malaysia (TV1), Malaysia Hari Ini (TV3), program-program berita, serta diberi liputan yang agak rancak di hampir semua akhbar, radio dan majalah, saya telah aktif memberi ceramah di sekolah-sekolah, masjid dan surau, perhimpunan-perhimpunan masyarakat dan sebagainya.
Ceramah di sekolah-sekolah kebanyakannya saya tawarkan sendiri menerusi perhubungan telefon dengan pengetua-pengetua, manakala yang lain-lainnya adalah menerusi sekian banyak jemputan yang saya terima. Biasanya ceramah-ceramah tersebut dibuat pada waktu malam atau hari cuti umum, dan bagi mengurangkan keletihan disebabkan oleh perjalanan jauh, dan agar tidak menjejaskan tugas-tugas rasmi saya yang pada masa itu menjadi Majistret Kanan Teluk Intan, saya menggaji seorang pemandu bagi membawa saya ke tempat-tempat saya memberi ceramah.
Pada masa itu saya sudah mulai ingin meletak jawatan dan memberi sepenuh tumpuan kepada usaha menyebarkan ilmu yang penting tersebut, kerana pada masa itu saya sudah mulai nampak bahawa penemuan yang saya jangka akan diraikan oleh masyarakat tanpa berbelah bagi rupa-rupanya tidak disenangi oleh ramai orang lebih-lebih lagi jika mereka tidak berpeluang mendengar penjelasan dan melihat demonstrasi yang saya buat, sama ada sendirian atau dibantu oleh anak-anak kecil saya. Malah ada juga segelintir ahli masyarakat, termasuk guru-guru, yang memperlekeh penemuan dan kaedah Mokhdar dan mereka mencari pelbagai sebab untuk memperkecilkan usaha-usaha saya sungguhpun hampir semuanya sampai ke telinga saya menerusi orang ketiga. Mungkin jika berdepan, saya mudah sahaja mempertahankan segala idea dan penemuan saya.
Pada suatu hari, di dalam suatu pertemuan di antara Ketua Pendaftar Mahkamah Agung yang baru dilantik, En.Hishamuddin, dengan semua pegawai di dalam Perkhidmatan Kehakiman di negeri Perak, setelah mendengar segala nasihat beliau tentang tata tertib yang harus dipatuhi oleh penjawat jawatan yang sensitif seperti kami, saya yang paling banyak merasakan bahawa apa yang disebut oleh beliau paling layak dihayati sepenuhnya oleh saya, tanpa apa-apa niat rancangan untuk berbuat sedemikian sebelumnya, bangun dan mengatur kata,
Sir, I have a dilemma. I know that, being an officer of justice of a very sensitive nature, it is demanded of me that I shall observe certain restrictions and conduct, amongst which, I shall not be seen too often in the public. And here is where my dilemma lies. I have discovered something, something very important for our people and nation, which pose me a question, if I keep it in, I shall be guilty to my nation, and if I speak it out, I may be guilty to my service. But I’ll rather be guilty to my service than to my nation. Sir, I am going to say it out to you, in front of all others, that if you feel that shall resign, I’ll resign right now and right here, but if you shall say otherwise, I would stay, but please put me in a place that is secluded from the public, for instance, at the Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara or at the Secretariat of the Mahkamah Agung.”
Sir,I have been trying in vain to voice my discovery – or discoveries – through the proper channel. I have seen the Registrar of the High Court, trying to tell something, but I was told to leave the matter to the language experts. I could not take that, and I believe that I must pursue to highlight the issue for the sake of our people, and out nation. I know sir, that, what I have been saying about that discovery may not be confortable to certain people. I repeat here that, sir, our words are long, therefore we take more time to count, to speak, to think ,to learn, to solve problem, to hear, to take action, to keep quite, to communicate, to write, to take oath, to give evidence, to investigate, to advertise, and to everything we do or don’t do. After my attempt to put my discovery through our department was not entertained, I apologize sir, that I have to write letter to the Prime Minister, on personal basis, asking him and his administration to do something about what I have found out, and suggesting that English be used as a medium of teaching mathematic at schools. But sir, again, the letter with copies to several other ministers were replied by none.”
Sir, the longest letter that I’ve send to him has now been published as a book, a copy of which would be given to you today. Sir, the ideas in the book may be controversies, but out of the ideas, after failing to get my children to use English as their thingking language for maths and science, I’ve managed to come out with a method and the method had not only enabled my small kids to memorise the basic and advanced multiplication tables at ease, but also enhanced their ability to solve mathematical problems better, the simplest intance being, to multiply, let say, three digits by single digits, would be just a breeze. And to me, remembering provisions of law, telephone numbers of colleages and friends, and even citation of cases, and etc, are now extemely easy compared to before.”
Allow me to use the whiteboard to demonstrate better, sir,” rayuku. Beliau menganggukkan kepala dan mempersilakan aku ke hadapan.
Sir, immediately before the meeting, I meant, before you walked in, I was asked about the method by my seniors here, who happened to watch me and my kids over Dimensi of the TV1, and with us were my friends here, crowding around. To demonstrate to them, I have gathered their telephone numbers, and their ic numbers. Sir, I did not memorise them, and I have no slightest diversion of attention from the words you have been falling us, believe me sir. But, until now, I still remember their numbers,” demikian kataku seterusnya, sambil menulis nombor-nombor telefon dan nombor-nombor kad pengenalan dua orang Hakim Mahkamah Sesyen dan tiga orang Majistret yang berada di dalam perjumpaan itu.
Mereka yang duduk di hadapan sebaris dengan Ketua Pendaftar dan mendepani kami para Majistret, mengangguk-anggukkan kepala sambil memancarkan rasa kagum di atas kekuatan daya memoriku, dan kemudiannya bertepuk tangan. Hampir serentak dengan itu juga, semua Majistret yang berada di dalam kamar mahkamah yang dijadikan bilik mesyuarat kami turut bertepuk tangan.
Aku semakin bersemangat, bagaikan mendapat sokongan moral yang kuat daripada mereka. Kemudiannya aku balik semula ke tempatku, dan dengan jauh lebih yakin, berkata dengan tenang,
“Tuan. I leave my fate to you now. Eventhough some friends say that this discovery have nothing to do with my official duty, but I am duty bound, as the loyal citizen of this nation, and sebagai anak bangsa yang tercinta, bangsa yang berhadapan dengan cabaran yang mungkin tidak terungkapkan, I have to do what I have got to do, especially when I am so convinced that, contraty to what these ‘some friends’ have been telling me, what I am doing is very relevant to our legal profession, that remembering provisions of law and numerical details of facts and cases before them would provide unmeasurable valuable assets in furnishing our duty.”
Aku mahu berhenti di situ, tetapi bila melihat beliau berdiam diri dan sedikit tunduk, aku menambah sedikit lagi,
Sir, as I said before, to me, this is very important, but I am facing this dilemma. Since my appearances over TV1, TV3, radio, and newspapers and magazines, I used to oblige invitations by several schools to demonstrate about the methods during the week end. I have gone through the Perintah Am especially the Bab D, relating to the conduct of the public servants. I strongly believe that I have done nothing wrong about talking to some group of people, especially students and teachers of government schools, about the method and my ideas since they are not sensitive to my official duty as legal officers, but at the same time, I know that I shall at least, as a matter of courtesy, inform the Chief Registrar’s office, but again, if I do that, as I have experienced before, that may be highly counter productive and I would not even be given a chance to explain.”
But the dilema continues, if I keep this in, I am guilty to my nation, if l speak it out, I may be guilty to my service. Since now I have voiced them out to you, I leave it to you, sir. If you say I shall resign, I would resign, right now, right here. But if you say I shall stay I would stay. If the later shall be the case, then please put me somewhere away from the public, for instance, at the said Secretariat, or at my former place the Bahagian Gubalan of the Jabatan Peguam Negara. Thank you, sir.”
Saya duduk. Manik-manik peluh membasahi diri, dan menanti dengan penuh debaran akan hukuman yang bakal dijatuhkan. Suasana di dalam perjumpaan itu senyap sepi, barangkali semua orang berdebar menanti kata-kata yang bakal diluahkan oleh boss nombor satu kami itu. Barangkali, tidak ada sesiapa pun yang berani memperdengarkan nafas mereka, apa lagi bersuara. Tuan Ketua Pendaftar seperti merenungku dari jauh, kemudian memandang audien lain. Penantian di kala itu terasa amat menyiksakan.
Well, I’ve never knew that we have such a genius amongst us,” tiba-tiba beliau bersuara memecah kesunyian. Suasana yang begitu sepi tetapi amat mendebarkan tadi tiba-tiba menjadi riuh, dengan ahli-ahli perjumpaan berbisik di antara satu sama lain. Suasana senyap semula bila beliau menyambung ucapan, “Give me sometime about what I can do, and I would try to oblige your request but I believe that the place most suited to you shall be the Bahagian Gubalan of the AG Chambers. I hope I can get a copy or copies of your book or books,” sambung beliau.
Saya melepaskan nafas lega. Rakan yang berada di sebelah kiri dan kananku menghulurkan tangan mereka, kusambut dan kami bersalam dengan genggaman erat. Seelok majlis ditamatkan, saya berkejar ke kereta, mengambil semua buku yang saya tulis, termasuk buku undang-undang bertajuk ‘Siasatan Kemalangan Jalan” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemudian saya berkejar mendapatkan beliau semula dan menyerahkan semua buku saya kepadanya.
“Tuan, buku ini mungkin sukar difahami. Namun jika tuan mahu, saya menawarkan diri untuk mengajar anak-anak tuan,” kataku. Aku menawarkan sedemikian kerana bimbang, berdasarkan kepada apa yang telah berlaku pada masa dahulu, sekiranya dia tidak memahami apa yang kutulis, sikapnya terhadap idea-ideaku malah mungkin aku sendiri akan bertukar menjadi negatif.
Well, thank you very much. I am very delighted to hear that that,” kata beliau.
Satu lagi saat manis tercatat di dalam sejarah perjuangan saya. Hari itu, saya tak sabar-sabar mahu sampai ke rumah untuk menceritakan peristiwa itu kepada isteri dan anak-anak.