Friday, January 18, 2008

Blog / laman berkaitan

Captions di bawah hanyalah sekelumit daripada sekian banyak laporan dan rencana mengenai kaedah Mokhdar yang terpapar di akhbar dan majalah dari tahun 1990 hingga kini. Pelbagai gearan telah diberi kepada Mokhtar di dalam laporan-laporan ini, antaranya, Genius Melayu, Pemikir Lateral Melayu, Majistret Pencipta Sejarah, Kaedah Mokhdar jadikan kanak-kanak pintar matematik, 10 Genius Kita (di samping Mokhtar, turut dianggap sebagai '10 Genius Kita' itu ialah Professor Diraja Ungku Aziz, Tan Sri P.Ramlee, Dato' Dr.Mazlan (Pengarah Agensi Angkasa Lepas Malaysia) dan Dato' Lat. Malangnya hanya sebahagian kecil sahaja daripada rakyat Malaysia malah orang Melayu yang mampu memanfaatkan kaedah ini bagi mengoptimumkan kualiti diri mereka (mungkin sekiranya kaedah ini diimport dari luar, barulah birokrasi dan rakyat tempatan mampu melihat potensi penggunaan kaedah ini di dalam melonjakkan prestasi pelajar di sekolah dan pekerja di dalam masyarakat Malaysia.
Publisiti mengenai kaedah Mokhdar memang cukup luas. Setiap tahun berita, rencana, temu ramah atau mengenainya pasti keluar di akhbar, radio, TV, majalah dsb. Malah pengakuan beberapa orang pelajar cemerlang yang resepi kejayaan mereka turut dipangkin oleh penggunaan kaedah Mokhdar juga telah dilaporkan menerusi akhbar. Namun sehingga kini buku-buku mengenai kaedah Mokhdar amat sukar diperoleh di pasaran. Namun begitu sudah ratusan ribu daripada rakyat Malaysia yang memiliki buku-buku mengenai kaedah Mokhdar sejak dari ia mula diperkenalkan di TV pada tahun 1990 hinggalah kini. Kenapa jadi begini? Anda akan temui jawapannya di dalam kisah-kisah suka duka perjuangan Mokhtar Hj Mansor menyebarkan keyakinannya di dalam blog ini.