KAMI SAMA-SAMA JADI
MANGSA BIROKRASI
Tarikh Peristiwa : 26hb Januari 2006
Tempat : Sekolah Menengah Bistari Jais, Subang Jaya
Tarikh 26hb Jan 2006 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi seorang ‘guru’ sepertiku. Jika di sebelah paginya semangat perjuanganku melonjak kembali selepas mendengar pengakuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Encik Dani, yang seronok menceritakan kepada Ketua Panitia Sains dan Matematik sekolahnya tentang kemahiran anaknya menguruskan fakta-fakta numerical dan mathematical, malamnya, tanpa kuduga, aku bertemu pula dengan tiga orang pelajar yang pernah mengikuti program Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar selama lapan ke dua puluh hari.
MANGSA BIROKRASI
Tarikh Peristiwa : 26hb Januari 2006
Tempat : Sekolah Menengah Bistari Jais, Subang Jaya
Tarikh 26hb Jan 2006 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi seorang ‘guru’ sepertiku. Jika di sebelah paginya semangat perjuanganku melonjak kembali selepas mendengar pengakuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Encik Dani, yang seronok menceritakan kepada Ketua Panitia Sains dan Matematik sekolahnya tentang kemahiran anaknya menguruskan fakta-fakta numerical dan mathematical, malamnya, tanpa kuduga, aku bertemu pula dengan tiga orang pelajar yang pernah mengikuti program Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar selama lapan ke dua puluh hari.
Pada kira-kira jam 3.00 petang hari itu, aku singgah di Sekolah Menengah Bistari JAIS di Seksyen 5 di Subang Jaya. Selepas berjumpa Pengetua, beliau meminta aku berbincang dengan Penolong Kanan yang juga merupakan seorang guru Kimia. Mungkin demonstrasi yang kubuat dengan menulis sekian banyak fakta kimia di samping fakta biologi, fizik, matematik dan matematik tambahan yang ada di dalam memoriku, di samping keupayaan mengingat nombor kad pengenalan yang ditulis oleh beliau dengan imbasan pandang tak lebih daripada 0.25 saat, membuatkan beliau bersetuju mengaturkan program ceramah pada malam itu juga, kerana sekiranya dijemput kemudian, pihak sekolah dikenakan bayaran seperti yang biasa dikenakan oleh konsultan-konsultan lain.
Di dalam ceramah selama hampir dua jam kepada hampir seribu orang pelajar yang memenuhi dewan yang serba canggih dengan sistem accoustic yang amat sempurna itu, bila kutanya siapa yang pernah mempelajari kaedah Mokhdar atau pernah mengikuti ceramah atau bengkel mengenainya, hampir daripada separuh pelajar-pelajar tersebut mengangkat tangan. Bila kutanya tentang siapa pula yang mengamalkannya, lebih daripada separuh daripada yang mengangkat tangan tadi terus mengangkat tangan. Bila kutanya pula tentang siapa yang paling cekap di antara mereka, secara serentak hampir semua pelajar menyebut nama Aleeya.
Aleeya kusuruh bangun. Seelok terpandang wajahnya yang mengambil kedudukan di bahagian paling hadapan dewan, wajah tujuh orang anak-anak seorang tokoh korporat yang terkenal yang telah mengikuti program bengkel lapan hari masa cuti yang kujalankan di Subang Jaya bersama dengan anak isteriku pada tahun 2002 dulu, dengan yang paling kecil berusia lima tahun dan yang paling besar ketika itu belajar di dalam tingkatan dua.
Berdasarkan kepada cadangan yang kami beri, biasanya setiap peserta hanya dibelikan seorang satu set modul program oleh ibu bapa mereka, manakala buku “Kaedah Mokhdar – Falsafah dan Latihan Asas”, yang kami anggap sebagai buku rujukan utama Kaedah Mokhdar, dan tiga carta asas mengenai kaedah Mokhdar tidak perlu diberi kepada setiap orang kerana setiap keluarga hanya memerlukan satu naskah buku dan carta-carta tersebut yang boleh dikongsi bersama. Bagaimanapun dalam kes keluarga Aleeya, bapanya membeli lapan set lengkap buku dan bahan mengenai kaedah Mokhdar untuk diagihkan kepada setiap orang daripada anak-anaknya, manakala satu set lagi adalah untuk kegunaan beliau sendiri.
Salah seorang daripada adik Aleeya memberitahu isteriku yang ketika datuk Aleeya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta kerana masalah kesihatan beberapa minggu sebelum itu, bil rawatan dan caj penginapan di wad hospital untuk selama seminggu yang dibayar oleh bapanya kepada pihak hospital ialah empat puluh lapan ribu ringgit!
Mungkin bapa Aleeya begitu teruja dengan kaedah Mokhdar kerana selepas mengikuti program bengkel intensif tersebut selama lapan hari, adik Aleeya yang baru berusia lima tahun ketika itu telah menguasai darab sifar ke darab sembilan belas!
Mungkin bapa Aleeya begitu teruja dengan kaedah Mokhdar kerana selepas mengikuti program bengkel intensif tersebut selama lapan hari, adik Aleeya yang baru berusia lima tahun ketika itu telah menguasai darab sifar ke darab sembilan belas!
Malam itu aku menguji Aleeya dengan menulis dua puluh enam angka yang sengaja kugubah supaya senang diingat meneusi kaedah Mokhdar dan meminta beliau mengingatnya. Dia diberi tepukan bergemuruh oleh pelajar yang memenuhi dewan setelah dengan mudah menyebut semula nombor-nombor tersebut.
Sebaik tamat majlis, tiba-tiba dua orang pelajar meluru ke depan mendapatkanku.
“Cikgu kenal kami lagi ‘tak?”
Kuperhatikan mereka. "Cikgu minta maaf, rasanya tak kenal lagi."
"Saya Fitriah dan ini Sakinah!".
Mendengar sahaja nama tersebut, aku terus terjerit. "Ya Allah!! Sudah lama cikgu mencari kamu. Dah besar kamu rupanya!!"
Fitriah dan Sekinah telah mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar semasa dibuat di Sekolah Kebangsaan Binjal, Meru pada tahun 1999. Anak seorang peniaga kecil dan juruteknik (kini telah menjadi seorang jurutera) ini ketika itu baru berusia tujuh tahun. Mereka bukan sahaja cekap mencongak dan mengingat fakta-fakta kimia, biologi, fizik, geografi, sejarah dsb yang kupetik dari buku-buku teks tingkatan empat, lima dan enam, tetapi juga cekap memahami dan menyelesaikan masalah fact & figure di dalam subjek matematik menengah rendah walaupun ketika itu baru berusia tujuh tahun dan baru mengikuti Bengkel Intensif Mokhdar lebih kurang sepuluh hari.
Tak lama kemudian, aku dijemput untuk siaran langsung Ramaja Anak Malaysia di TV2 menerusi seorang agen penerbit program TV RTM. atas permintaan agen tersebut, yang mewakili penerbit, aku membawa mereka bersama, di samping beberapa orang bekas peserta lain Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar, untuk muncul bagi menunjukkan kecekapan mereka menyelesaikan masalah-masalah di dalam subjek hukum indeks, pecahan algebra, trigonometri, logaritma dan sebagainya, serta mengingat cekap fakta-fakta numerical dan mathematical.
Pada malam itu mereka datang beramai-ramai bersama keluarga ke rumahku bagi membuat ulangkaji takut terlupa apa yang mereka telah pelajari. Dua orang daripada mereka datang jauh dari Ipoh dan bermalam di rumahku bersama ibu bapa mereka. Ibu bapa Sakinah dan ibu bapa Fitriah pula, teruja dengan pengalaman yang bakal dilalui oleh anak-anak mereka untuk muncul di TV, telah menghebahkan kepada kaum keluarga dan ramai kenalan tentang kemunculan anak-anak mereka di dalam program tersebut. Sebelum datang kerumahku, mereka sepakat mengunjungi pasaraya dan membeli pakaian yang paling mahal pernah dibeli untuk anak masing-masing, untuk kemunculan tersebut.
Tiba-tiba bila aku telah berada di dalam studio, penerbit memaklumkan kepadaku yang beliau telah mendapat arahan daripada KSU bahawa hanya remaja sahaja dibenarkan masuk ke studio kerana program tersebut dikhaskan untuk remaja.
Aku terkedu, namun cuba juga berhujah, bahawa walaupun mereka bukan remaja, mereka mampu menyelesaikan masalah matematik tahap remaja yang yang mungkin remaja pun menghadapi kesulitan untuk menyelesaikannya. Lagi pula semasa aku dijemput, agennya sendiri yang menghubungi aku yang meminta aku membawa pelajar-pelajar yang mahir dengan kaedah Mokhdar bagi membuktikan yang kaedah Mokhdar adalah benar-benar berkesan untuk peningkatan prestasi matematik dan sains.
Namun kata putus KSU akhirnya tetap mengatakan yang mereka tidak boleh masuk studio. Terasa mahu kuboikot sahaja program tersebut, namun jika itu aku lakukan, sudah tentu sahaja ia akan merencatkan perjuangan dan periuk nasiku sendiri, maklumlah, kaedah Mokhdar memerlukan publisiti daripada semua media agar kehadirannya dirasai di dalam masyarakat dan faedahnya dinikmati. Dalam keadaan sedemikian, aku terpaksa akur, dan di dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya kemarahan yang akan aku hadapi daripada kedua ibu bapa pelajar yang tidak berdosa itu. Namun sempat juga aku mencuri menyebut nama kedua-duanya dan latar belakang mereka semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengacara.
Sebaik keluar dari studio, teruklah aku dilanyak oleh bapa Fitriah, seorang pemastautin tetap dari Indonesia yang menyara hidup di Malaysia dengan membuka kedai runcit secara kecilan, dan ayah Sekinah, yang pada masa itu bertugas di sebuah firma binaan. Mereka menuduh bahawa aku mempermainkan mereka dan menganiaya anak-anak mereka. Kerana perbuatanku, mereka begitu malu mahu berhadapan dengan kaum keluarga dan orang kampung yang telah dihebahkan tentang kemunculan anak-anak mereka di TV.
Aku tidak menyalahkan mereka walaupun aku diasak bertubi-tubi sebaik melangkah keluar dari studio. Beberapa hari selepas itu mereka menghubungiku meminta maaf di atas keterlanjuran mereka. Kalaulah pihak petugas di RTM lebih profesional, peristiwa itu pasti tidak terjadi.
Pertemuan semula dengan mereka menyebabkan aku sebak. Kucuba sembunyikan perasaan rasa sebak yang amat hebat tersebut daripada pancaran air muka dan gerak geriku, walaupun kuluahkan secara verbal peri betapa terharunya aku dengan pertemuan semula tersebut. Kepuasan tidak terhingga dapat kunikmati apabila mereka memberitahu yang mereka mendapat 5A di dalam UPSR. Rakan-rakan mereka yang mengerumuni kami pula memberitahuku yang mereka adalah antara pelajar paling top di dalam tingkatan. Mereka pula dengan bangganya mengakui bahawa amalan kaedah Mokhdar adalah antara pemangkin utama yang membantu menghasilkan kecemerlangan mereka. Manakala ayah dan ibu Sakinah pula,
En.Husrin, yang kebetulan malam itu berada di situ untuk melawat Sekinah yang mengidap selsema, bangga menceritakan betapa selepas mengikuti bengkel intensif kaedah Mokhdar dulu, Sekinah akhirnya ‘malas’ menjawab soalan oral yang dilontarkan oleh guru di dalam kelas kerana ingin memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain menjawab sama.
"Cikgu selalu beritahu audien cikgu bahawa dengan mempraktikkan kaedah Mokhdar, kemahiran pelajar berusia enam, tujuh atau lapan tahun memahami dan menyelesaikan masalah matematik tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima adalah perkara biasa, dan cikgu selalu sebut nama kamu sebagai antara bukti-bukti cikgu. Cikgu seronok sangat sebab malam ini kita berjumpa lagi. Tapi, kenapa kamu tak datang ke hadapan selepas untuk ujian mengingat yang dilakukan oleh Aleeya tadi?"
“Kami angkat tangan, tapi cikgu tak nampak,” kata Sekinah.
Bagi meraikan pertemuan semula itu, malam itu kubawa Sekinah dan kedua ibu bapa Sekinah makan malam, atau lebih tepat, makan larut malam, di sebuah restoran terkenal di Kampung Jawa.