Link berkaitan :
http://mokhdar.com/ (laman web rasmi kaedah Mokhdar)http://more-dear.com/ (laman web rasmi kaedah Mokhdar dalam bahasa Inggeris)
http://www.kelabdarians.blogspot.com/ (Senarai & catatan individu yang berhijrah jadi lebih baik / mencatat kejayaan cemerlang setelah amalkan kaedah Mokhdar)
http://mokhtarhjmansor.blogspot.com/ (Kisah suka duka Mokhtar Hj Mansor memperjuangkan penemuan beliau kerana melihat bukti yang amat jelas bahawa penemuan ini, sekiranya natijahnya dilaksanakan, akan meletakkan bangsa dan negara menjadi antara bangsa dan negara paling maju jika tidak pun yang paling maju).
http://www.revolusibahasa.blogspot.com/ (kaitan di antara sebutan perkataan yang panjang dengan kelambatan Melayu dalam pelbagai perkara)
http://www.revolusiniaga.blogspot.com/ (berbicara tentang kaitan di antara perkataan yang panjang dengan kegagalan Melayu dalam perniagaan)
http://www.fihrasat.blogspot.com/(menceritakan pengalaman-pengalaman Mokhtar bermain dengan angka di dalam kaedah Mokhdar).
e-mail : mokhtarhjmansor@gmail.com
"DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU YANG TERCINTA, BAHASA MELAYU HENDAKLAH DIJADIKAN SEMAKIN PADAT DAN BUKANNYA SEMAKIN LOMPONG. INI BERERTI, UNGKAPAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PADAT DAN PERKATAAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PENDEK DAN BUKANNYA MAKIN PANJANG"
Saya agak terkilan bila membaca ruang-ruang yang membuat tohmahan terhadap Mokhdar dan saya sejak akhir-akhir ini. Mengakui bahawa tidak semua ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka berpuas hati dengan program dan kaedah pengurusan yang dijalankan dan kami menghargai segala kritikan yang diberi serta cadangan-cadangan yang diberi, namun di sebalik itu terselit banyak artikel yang bertujuan untuk mencemar nama baik kami. Saya mendapati bahawa sebahagian daripada artikel tersebut diolah atau dirancang oleh pihak yang menganggap saya sebagai pesaing mereka, dan dalam pada mengkritik atau mengutuk saya, sempat mempromokan program-program mereka. Bagaimanapun terdapat pula dua tiga blog atau artikel dalam blog-blog ini yang ditulis oleh seorang pegawai yang telah berhenti bekerja (saya tidak sebut meletak jawatan kerana dia terus tidak datang bekerja setelah memberi notis meletak jawatan dengan satu bulan notis) setelah kesalahannya mencuri wang syarikat dipercayai hampir RM10000 telah dihidu oleh saya.
Jelas bahawa tulisan-tulisan negatif yang penuh dengan fitnah dan cacian terhadap saya. Dalam pada terkilan, saya juga tergelak melihat paparan olehnya serta tergelak mengenangkan tingkah lakunya. Di sepanjang saya bergiat menyebarkan kaedah Mokhdar sejak sebelum meletak jawatan lagi (saya meletak jawatan pada Nov 1993), memang terdapat ramai pekerja yang curang. Ini kerana nature aktiviti perniagaan saya sememangnya terdedah kepada perlakuan curang oleh pekerja yang tidak amanah.
Perjalanan saya bergantung kepada hasil jualan buku dan bahan mengenai kaedah Mokhdar. Selepas selesai memberi ceramah, saya terpaksa bergantung kepada pekerja untuk membuat jualan, kerana biasanya pengetua, penolong kanan atau guru yang bertugas, atau pihak-pihak lain yang menjemput saya, sebaik selesai memberi ceramah, pasti menjemput saya ke pejabat, kantin atau dewan makan untuk jamuan meraikan saya. Biasanya saya cuba mengelak memenuhi jemputan berkenaan selagi urusan jualan belum selesai. Ini kerana telah berlaku beberapa kali, di luar dari pandangan saya, pekerja yang membantu jualan mempoketkan sebahagian daripada hasil jualan, malah duit yang dicuri dengan cara sedemikian pernah mencecah hampir seribu ringgit.
Biasanya jumlah buku dan bahan yang akan dikeluarkan untuk jualan telah ditentukan oleh saya sebelum ceramah dimulakan. dan mata saya sentiasa memerhatikan kalau-kalau ada pembantu yang mengambil buku daripada van di luar pengetahuan saya. Pintu kereta saya pula saya kunci, oleh itu pekerja tidak boleh mengambil buku dan bahan dari kereta saya (dalam kereta saya, sentiasa terdapat sekurang-kurangnya 50 naskah buku Mokhdar, bagaimanapun carta jarang dibawa di dalam kereta saya kerana ukuran carta yang besar menyebabkan ia mudah rosak bila dimasukkan ke dalam kereta). Bagaimanapun sering berlaku, disebabkan oleh keperluan melayan pihak yang menyambut kedatangan saya sebaik sampai, saya tidak dapat membuat semakan bilangan buku dengan sempurna. Ini kerana sebaik turun dari kereta, petugas yang menyambut saya akan terus membawa saya ke kamar pengetua atau terus ke pentas untuk memulakan ceramah. Di sinilah kesempatan di ambil oleh pekerja yang curang. Dia mengeluarkan buku pada jumlah yang lebih banyak daripada yang dicatat, dengan itu mudah memanipulasikan hasil jualan untuk sebahagiannya dimasukkan ke dalam poketnya tanpa pengetahuan saya.
Kecurangannya hanya akan diketahui setelah audit bilangan buku dibuat kemudian, iaitu setelah saya pulang ke Kuala Lumpur dua atau tiga bulan kemudian. Waktu sudah terlambat dan pekerja yang berkenaan telahpun berhenti kerja.
Dalam suatu peristiwa di Kuala Kangsar, saya memberi ceramah di sebuah sekolah berasrama. Telah ramai pelajar yang membeli buku langsung daripada saya sebaik ceramah selesai, tetapi beberapa orang berjumpa saya meminta supaya saya ke asrama kerana mereka tidak membawa wang. Waktu telah menghampiri 11 malam, kami tidak boleh lama berada di asrama. Saya tidak ada pilihan melainkan menugaskan pembantu saya yang ketika itu baru lebih kurang sebulan bekerja dengan saya, supaya ke asrama untuk menguruskan jualan bagi pelajar yang ingin membelinya di asrama. Saya membuat pengumuman tentang jualan buku dan bahan kaedah Mokhdar di dewan makan di asrama. Pembantu itu, saya panggil Bob kerana kegemukannya dan ketinggiannya, terus ke asrama sementara saya meneruskan jualan di dewan. Setelah selesai semuanya, ditanya jumlah jualan, dengan selamba Bob memberitahu ia hanya berjumlah RM60.00.
"Mereka semua telah membeli buku di dewan," katanya.
Saya tidak begitu mahu mempercayainya, tetapi untuk membuat pemeriksaan ke atasnya pada masa itu, bagi orang Melayu seperti saya, tidak sampai rasanya mahu mengguris perasaannya - seolah-olah Bob seorang yang tidak boleh dipercayai. Bagaimanapun gerak hati saya kuat mengatakan yang Bob telah menggelapkan sebahagian daripada hasil jualan.
Pada malam esoknya saya melihat Bob memegang sebuah telefon bimbit Nokia yang harganya amat mahal.
"Mahal telefon engkau, Bob," saya menduga.
"Orang 'tu hah," katanya merujuk kepada seorang lelaki yang sering menyapa kami di hotel penginapan kami. "Dia nak pakai duit, dia minta pinjam, saya pinjamkanlah RM800 kepada dia."
"Semalam engkau pinjam daripada saya RM200 sebab engkau kata engkau tidak ada duit."
Saya nampak perubahan pada air mukanya, perubahan yang bagi saya adalah menyatakan sesuatu, tetapi Bob pantas menjawab, "Isteri saya 'dah terima gaji. Dia masukkan ke akaun saya pagi tadi," katanya. Jawapannya semakin menimbulkan rasa syak, kerana setahu saya mereka tinggal bersama dengan ibunya di Gombak dan maklumat yang diberitahu olehnya kepada saya sebelum itu ialah, kerja isterinya ialah menjadi pembantu rumah kepada ibunya (isterinya adalah orang Indonesia yang sebelumnya bekerja sebagai pembantu rumah ibunya, seorang guru besar sebuah sekolah agama rakyat).
"Banyak gaji isteri engkau," kata saya terus menduga.
"Tak banyak, tapi dia ada sedikit simpanan. Bila saya telefon, dia masukkanlah."
Terasa semak di dada saya kerana saya rasa dia berbohong.
"Habis kenapa tak minta pinjam daripada isteri engkau semalam?"
"Setakat dua ratus saya boleh daripada pinjam daripada boss sahaja, tak payahlah pinjam daripada isteri saya. Tapi bila orang itu nak gadaikan handsetnya, handsetnya mahal boss, RM3800 kalau yang baru. Jadi kalau tak bayar, handphone ini jadi milik saya. Sebab itu saya pinjam dari isteri saya."
"Arwah ayah engkau seorang ulama terkenal, pengasas sekolah pondok lagi. Tersiksa arwah ayah engkau dalam kubur," kata saya.
"Ah, tak apa. Dosa saya dosa sayalah," katanya.
Perbualan itu mati di situ. Bagaimanapun ketika isteri saya datang ke Ipoh esoknya, saya segera memberitahunya agar berhati-hati dengan pBob kerana saya syak yang dia telah mencuri banyak wang saya.
"Tengok gayanya, saya rasa tidak. Tak mungkin yang dia akan buat begitu," katanya.
"Berhati-hatilah."
Pada cuti penggal berikutnya, kami menjalankan Bengkel Intensif Lapan Hari di Ipoh. Sebahagan daripada peserta yang membuat pendaftaran awal dan merupakan anak-anak kepada guru-guru sebuah sekolah menengah yang memberi laluan kepada ceramah saya diberi harga istimewa setelah mereka membayar deposit RM100 pada hari yang sama di mana program ceramah Mokhdar dijalankan. Bakinya akan dibayar setelah melaporkan diri untuk bengkel nanti.
Pada hari bengkel di mulakan, Bob yang diberi tugas untuk mendaftarkan kehadiran peserta-peserta yang telah membuat tempahan dan diberi harga promosi mencadangkan kepada isteri saya agar kaunter untuk pendaftaran peserta sedemiian diurus olehnya dan diletakkan jauh daripada kaunter untuk peserta-peserta yang tidak mendapat harga promosi.
"Untuk mengelakkan komplen dan kecoh," kata Bob kepada isteri saya. Alasan Bob memanglah boleh diterima. Memanglah betul, nanti jika jumlah bayaran berbeza-beza, dengan jumlah pelanggan yang ramai, kekecohan mudah sahaja berlaku. Ibu bapa yang tidak berpuas hati akan buat bising. Bagaimanapun Bob mencari lokasi yang terletak amat jauh daripada kaunter yang diketuai oleh isteri saya, dan terlindung pula.
Saya sememangnya tidak boleh campur sama sekali dengan urusan pendaftaran, kerana berdiri di depan ibu bapa dan peserta memberi taklimat, membuat demonstrasi dan menerangkan tentang objektif program.
Pada petang itu, setelah semua peserta diambil pulang untuk datang semula pada esoknya dan seterusnya, isteri saya meminta Bob mengemukakan fail yang diuruskannya. Bob telah menyerahkan wang kutipan kepada isteri saya sebaik selesai urusan pendaftaran pagi tadi tetapi dalam keadaan kesibukan pada masa itu, fail masih tidak diserahkan. Ketika diminta fail itu, Bob melenggah-lenggahkannya dan akhirnya, disebabkan oleh kesibukan dan keletihan, fail itu tidak diperiksa petang itu.
Malam itu sekali lagi kami meminta fail daripada Bob, tetapi kata Bob, dia tidak berada di hotel kerana membawa isterinya keluar untuk makan malam. Esoknya, ketika diminta fail itu sekali lagi, fail itu katanya tertinggal di biliknya di hotel. Kononnya fail itu telah dibawanya untuk diserahkan dan difinalisekan dengan kami, tetapi oleh kerana semua keletihan, dia tidak jadi menyerahkannya pada malam itu. Bila kami menelefonnya, dia pula berada jauh dari hotel.
Hanya pada hari yang keempat barulah fail tersebut diserahkan. Terdapat beberapa quirries yang dibuat oleh isteri saya, jawapan yang diberinya berdolak-dalik. Ini menimbulkan syak isteri saya, tetapi perkara itu mati setakat itu kerana jumlah wang yang diserahkan adalah selari dengan catatan yang terdapat di dalam fail.
Di hotel itu, sepatutnya Bob tinggal bersama dengan fasilitator-fasilitator lelaki dan isterinya, yang dibawanya bersama untuk 'bercuti' bersamanya, tinggal bersama dengan fasilitator-fasilitator perempuan. Bagaimanapun Bob menyewa sebuah bilik lain untuk dia dan isterinya, dan semua bil sewa bilik tersebut ditanggung olehnya sendiri.
"Banyaknya duit engkau?" kata saya.
"Tak apa, isteri saya ada duit. Bukan selalu dapat peluang begini." katanya. Saya tidak begitu pasti tentang apa maksud perkataan 'peluang' yang diucapkan Bob.
"Jarang tinggal di hotel'lah 'tu," isteri saya menenangkan saya.
Apa yang amat pelik bagi kami ialah, di sepanjang masa menginap di situ selama lapan hari, Bob tidak pernah memperkenalkan isterinya kepada kami. Kami tidak pernah bertemu dengan isterinya walau sekali pun. Bercakap pun hanya menerusi telefon, iaitu bila saya menelefon Bob di biliknya, isterinya mengangkatnya.
"Kenapa tak bawa isteri engkau bersembang dengan kami?" tanya saya.
"Dia 'tu bukannya pandai bergaul, rendah diri. Cakap sini pun tak begitu pandai," jawabnya.
"Habis, macam mana dia berbual dengan engkau? Engkau bukannya pandai cakap Indon pun?"
"Bahasa saya dia fahamlah," katanya.
Suatu hari ketika mahu kembali beroperasi di sebelah utara, saya kehabisan wang. Saya meminta Bob tolong gadaian handphone saya. "Cuba minta RM450 sebab baru-baru ini saya dapat RM500."
Kira-kira sejam kemudian, Bob menelefon saya dan memberitahu yang kedai pajak gadai sanggup terima dengan harga RM150 sahaja.
"Tak usah gadailah, saya ingat engkau boleh dapat harga lebih sebab itu saya minta awak gadaikan. Tadi engkau cakap boleh dapat RM650. kalau tahu macam 'tu, baik saya gadaikan di Rawang kerana senang-senang saya boleh dapat harga RM450, paling tidak pun RM300."
"Tadi saya telefon boss tak dapat. Sebenarnya saya 'dah gadai pun!".
Saya mengeluh.
"Kenapa tak cuba hubungi saya sampai dapat? Telefon isteri saya 'kan ada? Telefon rumah saya 'kan ada?"
"Saya terlupa nombor telefon isteri dan rumah boss."
"Dalam buku Mokhdar yang engkau selalu bawa 'tu bukankah ada nombor telefon saya?"
"Minta maaflah boss. Tak teringat saya."
Apa yang dapat saya buat selain daripada mengeluh?
Tempoh gadaian itu hanyalah dua minggu. Ketika tempoh itu telah hampir, tiba-tiba Bob menghilangkan diri. Puas saya menelefon telefon bimbitnya, tetapi ditutupnya. Saya andaikan dia telah berhenti kerja begitu sahaja dengan saya, tak kisahlah tentang itu. Dia bukanlah seorang PRO yang effektif. Bagi setiap program yang diaturnya, jika saya tidak datang lebih awal dan membuat touch-up, pasti program yang disusun sekolah akan tidak akan mendatangkan apa-apa hasil untuk saya. Malah untuk program di sekolah berasrama di Kuala Kangsar tadi, ketika saya sampai dan bertemu dengan penolong kanan, pihak sekolah tidak tahu menahu tentang program yang kononnya telah diatur untuk Mokhdar pagi itu. Saya yang telah bertolak sebelum subuh dari Kuala Lumpur kerana katanya ceramah saya ialah sebaik selesai perhimpunan, amat kecewa bila diberitahu oleh guru-guru yang keluar dari dewan yang setahu mereka, tidak ada apa-apa program diatur untuk pagi itu selain daripada program perhimpunan.
Saya menelefon Bob yang masih berada di Kuala Lumpur. Dia beria-ia mengatakan yang dia telah berjumpa penolong kanan dan penolong kanan memberitahunya yang ceramah itu akan diadakan di dewan sebaik tamat perhimpinan.
"Semua orang 'dah keluar daripada dewan," kata saya.
"Tak tahulah saya. Boss jumpalah penolong kanan semula."
Selepas perhimpunan, saya bertemu dengan penolong kanan satu. Beliau mengesahkan yang sememangnya Bob ada berjumpa dengannya, tetapi pihak sekolah tidak memberikan apa-apa komitmen selain daripada jawapan, "pihak sekolah akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mahu menjemput Mokhtar atau tidak.
Bagaimanapun setelah diajak berbual dan penolong kanan melihat demonstrasi saya yang dianggapnya amat hebat, akhirnya beliau terus membawa saya bertemu dan Pengetua meluluskan agar ceramah diadakan pada malam itu juga.
Bila Bob menghilangkan diri, saya tidaklah terasa kehilangan apa-apa. Dua kali dia mengenakan saya sebagaimana dia mengenakan saya di sekolah berasrama di Kuala Kangsar tadi. Strateginya mudah, walaupun dia tidak dapat clinch deal, dia melaporkan kepada saya yang dia telah clinch deal, dan dia tahu bila saya datang awal dan buat touch-up, dia akan mendapat komisen 10% daripada hasil jualan buku. Taktik yang digunakan oleh Bob itu sama seperti taktik yang digunakan oleh seorang ustaz yang bekerja dengan saya sebelumnya, yang kebetulan juga dipanggil Bob kerana saiz badan dan perutnya yang amat besar. Ustaz berusia 35 tahun ini yang pernah bekerja dengan kerajaan, begitu juga isterinya, tetapi kedua-duanya telah dibuang kerja. Semasa mulai bekerja dengan saya, ketika ke rumahnya, saya terkejut mendapati yang keadaan rumahnya begitu daif. Tidak ada tilam, tidak ada mesin basuh, tidak ada TV dan mereka memasak hanya dengan menggunakan dapur sebuah dapur minyak tanah yang saya gunakan pada zaman-zaman dulu.
Melihat keadaan mereka yang dhaif, saya ke kedai barangan elektrik & elektronik tempat di mana saya selalu membeli barang dan membayar dengan kaedah tiga kali bayar. Setelah taukeh setuju membenarkan Ustaz Bob mengambil barang-barang elektrik di kedai itu dengan syarat nama saya digunakan sebagai pembeli. Saya setuju dan memilih tiga barangan asas iaitu mesin basuh, dapur gas dan TV 21 inci, yang kesemuanya berharga RM1650.00. Tiga bulan kemudian, ketika mahu membayar ansuran terakhir bagi barang-barang tersebut, saya terkejut bila diberitahu yang jumlah baki bayaran ialah RM1800!. Baru saya tahu yang tanpa pengetahuan saya, sehari selepas membeli barang-barang tersebut, Ustaz Bob telah ke kedai itu sekali lagi dan menambah hutangnya dengan menggunakan nama saya sebanyak hampir RM1300 lagi.Antara yang dibelinya ialah DVD player. Belit ustaz ini boleh tahan juga, sebab itu saya tidak membenarkannya membuat jualan sama sekali kecuali jika isteri saya ada bersama. Pada waktu-waktu lain, apa yang saya buat ialah dengan menjual sendiri buku-buku dan bahan-bahan yang saya tulis.
Dalam kes-kes melibatkan kedua-dua Bob ini, mereka sepatutnya tidak mendapat apa-apa komisen kerana program-program berkenaan bukanlah sebenarnya diatur oleh mereka. Bagaimanapun sebagai seorang peguam, saya memberikan mereka benefit of the doubt. Sebagai seorang Melayu pula, seperti kebanyakan orang-orang Melayu lainnya, saya lebih mudah kasihankan orang lain daripada kasihankan diri sendiri.
Ustaz Bob berhenti setelah saya menyuruhnya berhenti kerana tidak tahan dengan perangainya yang suka berhutang walaupun dengan orang yang baru dikenali. Jumlah hutangnya bukan sedikit, antara RM500 hingga RM1000. Mulanya saya hairan juga dengan betapa mudahnya dia berhutang, tetapi akhirnya saya tahu modus operandinya. Dia tahu bahawa ramai pengetua dan guru besar yang berasa terhutang budi kerana saya sanggup singgah di sekolah mereka memberi ceramah percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Dia tahu bahawa pengetua dan guru-guru amat kagum dengan demonstrasi yang saya pamir. Dia sendiri memberitahu saya betapa beberapa orang pengetua dan guru-guru memberitahu saya yang air muka saya tampak 'bersih', bagai air muka orang yang tidak menanggung dosa. Setiap kali dia meminta berhutang, dia memberitahu yang kononnya saya berada di luar negeri dan wangnya telah dicuri semasa solat dan sebagainya. Dia berjanji kepada guru besar atau pengetua berkenaan yang sebaik saya pulang dari luar negeri nanti, saya akan menjelaskan bagi pihaknya. Selepas itu dia terus hilang dan tidak menjawab bila ditelefon.
Pastilah itu sebabnya yang menyebabkan dia sering menukar simcardnya.
Yang pasti menjadi mangsanya ialah pengetua, penolong kanan atau guru besar yang terlalu menghormati saya, ataupun ibu bapa kepada pelajar yang mencatatkan lonjakan serta-merta setelah menjalani program saya. Sehinggakan bila dia culas sekalipun, mereka segan untuk menghubungi saya. Hanya setelah tembelangnya pecah, dan saya menghubungi beberapa orang dari mereka, barulah saya tahu bahawa di sepanjang dua tahun Ustaz Bob menjadi PRO saya, dia membuat hutang di hampir setiap daerah yang kami singgah dan jumlahnya hampir RM30000!
Sebenarnya Ustaz Bob ini, di sepanjang masa bersama saya, tidak pernah dilihat solat walau sekalipun. Saya menyebutnya sebagai ustaz kerana dia profesionnya memang seorang ustaz sekolah menengah kerajaan dan dia juga memiliki ijazah dalam bidang ilmu wahyu manakala isterinya pula dalam bidang usuluddin. Kedua-duanya berkerja dengan kerajaan, dan hidup mewah pada suatu masa dulu kerana isterinya adalah seorang pegawai kanan kerajaan dan berkhidmat di tempat yang amat strategik. Bila ditanya apa jadi kepada harta benda dan rumah mewah mereka dulu, jawapan isterinya ialah, 'semuanya telah diangkat ke langit'.
Bila Bob menghilangkan diri, saya tidak kisah alau dia berhenti kerja walaupun tidak memberi apa-apa notis kepada saya. Yang saya risaukan ialah handphone saya kerana handphone itu saya beli dengan harga RM1400, dan speaker saya yang dibawa oleh Bob di dalam van Juaranya kerana semasa bengkel di Ipoh dulu, dia tidak membawa van saya sebaliknya dia memandu van Juaranya sendiri.
Kedai pajak gadai tidak saya ketahui dan surat pajak gadai masih dengan Bob malah gadaian handphone itu juga dibuat oleh Bob dan menggunakan namanya. Saya mahu mencari alamatnya, tetapi alamat yang ditinggal di rumahnya hilang entah kemana (pada masa itu alamat syarikat saya didaftar menggunakan alamat rumah sewa saya dan saya tidak mempunyai kakitangan lain selain daripada Bob dan anak-anak isteri saya. Fasilitator-fasilitator yang kami ambil untuk membantu mengendalikan program kami biasanya kami latih selama dua minggu sebelum program dimulakan - walaupun mereka tidak cekap sebagaimana saya dan anak-anak, tetapi mereka diwajibkan melaksanakan latihan yang saya tetapkan, sama ada latihan oral atau bertulis, dan hasilnya, sering berlaku pelajar-pelajar yang dilatih oleh mereka di bawah pengawasan saya sering menjadi peserta terbaik program menewaskan peserta-peserta yang dilatih oleh saya sendiri).
Saya pernah tinggal di Gombak dan saya tahu satu-satunya kedai pajak gadai yang terletak di Jalan Gombak, Setapak. Saya ke kedai tersebut bertanya tentang handphone itu - sah handphone itu digadai di situ. Apa yang memeranjatkan saya ialah, handphone itu bukan digadai dengan harga RM150 seperti diberitahu oleh Bob dahulu, sebaliknya digadai dengan harga RM450!!.
Setelah mendapat tahu tentang kecurangan Bob menggelapkan RM300 wang saya hasil daripada gadaian handphone tersebut, saya mengajak isteri saya mencari Bob kerana khuatir yang speaker saya akan turut dilelongnya. Speaker Peavey tersebut saya beli pada tahun 1996 dengan harga RM14000 satu set (satu set mixer dan lambaster). Walaupun telah tua usianya dan telah pecah suaranya, tetapi set tersebut masih boleh digunakan dan suara saya jelas walaupun untuk 2000 orang audien. Kalau dilelong, saya rasa sekurang-kurangnya Bob boleh mendapat lingkungan RM1000.
Setelah puas bertanya beberapa buah sekolah agama di Gombak (kerana Bob memberitahu kami yang emaknya adalah seorang guru besar sebuah sekolah agama), kami masih gagal mengesan alamat Bob. Nasib isteri saya berjumpa semula catatan nombor telefon isteri Bob. Dengan senang hati isterinya memberitahu alamat tempat mereka tinggal.
Kami terus ke rumah Bob dan dapat berjumpa dengan isteri dan emak Bob. Emak Bob memang seorang guru besar di sebuah sekolah agama tetapi bukan di Gombak. Bila diberitahu yang Bob membelanjakan lebih RM800 untuk sewa hotel di Ipoh, dia terkejut kerana dia tidak tahu yang Bob mempunyai wang sebanyak itu. Dia juga terkejut bila kami memberitahunya yang isterinya bekerja sebagai pembantu rumah dan wang yang digunakan tersebut adalah simpanan isterinya yang bekerja sebagai pembantu rumah.
"Tengoklah rumah kami 'ni, flat satu bilik. Memang dia pembantu rumah dulu tetapi bukannya bekerja dengan saya. Sejak kahwin dengan Bob, mereka tinggal bersama saya dan bagaimana saya mahu membayar gajinya sedangkan gaji saya sendiri pun lebih kurang RM600 sahaja. Dicuri duit enciklah 'tu," kata ibunya memberitahu kami.
"Tak apalah, ustazah. Saya cuma nak ambil speaker saya sahaja. Yang lain tu, biarlah. Lepas ini kami akan lebih berhati-hati," kata isteri saya, menenangkan ibu Bob.
Nasib baiklah van Bob ada diletak di bawah flat, dan kuncinya ditinggalkan di rumah walaupun Bob tidak ada di rumah. Setelah mengambil semula set speaker Peavey saya, dan beberapa bundle buku Mokhdar yang ada di dalamnya, kami pun terus balik ke rumah.
Bob memang jahat. Malah dia sering memberitahu saya yang kejahatannya adalah tidak seiring dengan kewarakan arwah bapanya, seorang tokoh ulama terkenal di Utara. Malah kata Bob, sebelum bertaubat, dia pernah menjadi anggota kumpulan gangster Melayu, pernah mengedar dadah, dan pernah bergaduh serta masuk lokap polis.
Namun sejahat-jahat Bob, dan Ustaz Bob, setelah mereka berhenti, mereka terus menghilang diri dan tidak pula melayari laman-laman web untuk membuat fitnah ke atas saya. Tidak pula mereka menubuhkan syarikat lain, yang disebalik mengkritik dan mengejek pandangan saya tentang kaitan di antara bahasa dengan kemajuan bangsa yang menggunakannya, dan menghina serta menyindir saya dengan panggilan YG (Yang Genius), malah memaparkan gambar beruk yang dipasang kepada badan saya, sebaliknya menggunakan pula kaedah saya sebagai kaedah untuk memperkasakan minda pelanggan-pelanggan mereka.
Sejahat-jahat Bob dan Ustaz Bob, kejahatan mereka itu terhenti setelah mereka tidak lagi bekerja dengan saya. Tetapi kejahatan PRO saya yang seorang ini, yang tidak dapat menafikan lagi yang dia telah menyalahgunakan wang saya yang saya masukkan ke dalam saving accountnya, dengan menggantikannya dengan ceknya untuk dibayar kepada pembekal, dan cek itu tendang sehingga pembekal itu memarahi saya di dalam telefon. Bertolak dari situ, kami dapat mengesan banyak lagi penipuan dan penyelewengan lain, antaranya overclaim untuk penginapan homestay dan penggelapan borang-borang pendaftaran yang juga membawa erti penggelapan wang yang sepatutnya dibayar kepada syarikat saya oleh pelanggan.
Saya telah membuat laporan polis terhadap bekas PRO saya ini, yang telah memberi notis berhenti kerja, tetapi pada hari dia hadir untuk membuat tuntutan gaji, Allah Maha Berkuasa dan Maha Menentukan, di mana seorang pelanggan dan pada masa yang sama adalah juga kontraktor yang menyediakan jamuan untuk pelajar-pelajar kami telah menghubungi kami marah-marah kerana cek yang telah diberi kepadanya telah ditendang dan bertanya tentang tarikh saya akan menggantikan wang dalam cek yang ditendang tersebut.
Setelah disoal dengan lebih lanjut, dan setelah beliau menghantar salinan cek menerusi fax dan kemudiannya datang sendiri ke pejabat kami, terdedahlah rahsia bahawa bukan sahaja pegawai tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat yang telah diamanahkan kepadanya untuk dibayar kepada pembekal secara tunai (dengan dimasukkan ke dalam akaunnya wang tunai) dengan menggantikan wang tersebut dengan cek lain (dan kemudiannya cek tersebut telah ditolak oleh bank kerana tidak cukup dana), tetapi juga telah membuat tuntutan berlebihan. Bayaran yang dikenakan oleh pembekal ialah RM5.00 sekepala tetapi dia menuntut daripada syarikat sebanyak RM6.50 sekepala (mengambil kira jumlah pelajar seramai 260 orang dan jumlah hari selama 8 hari, jumlah tuntutan palsu yang telah dibuat olehnya adalah lebih kurang RM2800). Dia juga telah melarikan borang-borang pendaftaran peserta bagi suatu projek yang diamanahkan kepadanya di sebuah negeri di Pantai Timur dan dianggarkan sebanyak lebih daripada RM5000 telah digelapkan olehnya.
Setelah diteliti rekod-rekod daripada program-program lain yang telah diamanahkan kepadanya, semakin banyak petanda yang menghasilkan kemungkinan yang cukup kuat bahawa dia juga telah menyelewengkan wang syarikat dalam jumlah melebihi RM10000 ringgit.
Saya pernah memberitahunya yang apa yang saya lakukan tidak mudah, memerlukan terlalu banyak pengorbanan, menghadapi terlalu banyak risiko namun saya pasrah kerana walau apa pun tanggapan negatif masyarakat yang tidak berpeluang melihat sekian banyak bukti yang saya kemukakan, saya percaya apa yang saya lakukan akan membantu masyarakat bangsa saya. Dia sendiri maklum betapa saya terpaksa meminjam daripada kawan-kawan dengan janji bayar balik lebih daripada 100%, misalnya pinjam RM20000 bayar balik RM40000 - semata-mata untuk mempastikan yang syarikat akan terus dapat bernafas dan gaji pekerja akan dapat dibayar. Dia sendiri telah menjelaskan kepada ramai pengetua tentang betapa peritnya saya melaksanakan perjuangan mengetengahkan idea ini dan dia sendiri telah melihat betapa ramainya pelajar-pelajar yang telah mendapat manfaat daripada kaedah dan program ini. Dia sendiri telah melihat betapa beberapa orang pekerja yang telah saya latih khusus selama hampir dua bulan berhenti en-bloc kerana lambat menerima gaji walaupun kerja mereka yang ditugaskan pada masa itu hanyalah 'belajar sehingga menjadi pakar kaedah Mokhdar untuk ditugaskan mengajar pelajar-pelajar dalam program yang akan dijalankan di seluruh negara'.
Dia sendiri telah melihat derita saya melaksanakan program ini. Bagaimanapun akhirnya setelah terbukti dia menggelapkan wang syarikat, dan apabila ditanya oleh seorang anak saya kenapa dia menggelapkan duit syarikat, tanpa perasaan insaf sedikit pun, dia berkata yang sekiranya anak saya berada dalam kedudukan sepertinya, anak saya juga akan bertindak menggelapkan duit syarikat.
Saya tak tahulah sama ada saya telah mengabaikan kebajikan dirinya, atau seperti dakwanya dalam sebuah laman web yang dibina khusus untuk mempromosi syarikatnya (yang terang-terang mengambil kaedah Mokhdar sebagai kaedahnya tetapi diberi nama lain), saya telah mengkudanya dan apa yang kononnya saya perjuangkan adalah semata-mata untuk mengkayakan diri semata-mata. Semasa dia memohon untuk bekerja dengan saya (sebagai respon kepada iklan dalam akhbar), dia datang sebatang kara dengan menyandang sebuah beg pakaian, dan memberitahu isteri saya yang jika dia tidak diterima bekerja, dia akan tidur di masjid pada malam itu. Dia mengaku bujang walaupun usianya telah 27 tahun.
Dia mengikut saya selama sebulan dan selama sebulan saya melatih dia membuat kontaks dengan pengetua dan guru-guru besar. Kemudian dia mampu menjalankan tugasnya dan dia aktif menyusun program untuk ceramah-ceramah saya sehinggakan kira-kira dua bulan kemudian, hasil daripada gaji, elaun dan komisyen yang diterimanya, serta sedikit pinjaman daripada saya, dia dapat membeli sebuah kereta Proton Gen2 menerusi kaedah sambung bayar, dengan membayar pendahuluan sebanyak RM5000. (Gaji dan elaun tetapnya berjumlah RM1500, dan dia mendapat komisyen daripada proceeds 10%, dan dia tidak perlu menanggung bil hotel, gaji pekerja, sewa pejabat, bil telefon, bil elektrik dsb, serta tidak perlu mengeluarkan modal mencetak buku-buku dan bahan-bahan yang dijual!)
Setelah lebih daripada satu tahun dia bekerja dengan saya (pada penghujung waktu dia bekerja dengan saya, dia mula buat hal dengan dia lesap selama lebih kurang satu bulan tanpa sebarang berita dan kemudian muncul semula dan membenarkan wang gaji dan elaunnya dipotong kerana dia mengatur program-program palsu di Kuala Terengganu dan saya kerugian lebih daripada RM2500 kerana membawa crew dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk program-program yang tidak wujud), dia memecahkan rahsia sebenar yang dia sebenarnya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Disebabkan program yang disusunnya telah jadi kacau bilau, menyebabkan kos operasi jauh lebih tinggi daripada pendapatan, lebih-lebih lagi pada masa itu saya dapati mendapatkan pelanggan menerusi iklan-iklan di akhbar adalah jauh lebih murah dan lebih menguntungkan daripada membuat promosi menerusi sekolah-sekolah, saya memutuskan untuk tidak bergerak ke sekolah-sekolah lagi. Program yang diaturnya tidak konsisten dan pada suatu hari, kami yang telah berkonvoi jauh dari Rawang ke Kuala Terengganu berasa amat kecewa kerana nama-nama empat buah sekolah yang kononnya telah bersetuju menjemput saya memberi ceramah, dua daripadanya didapati tidak wujud dan puas dua buah lagi menafikan yang mereka bersetuju memberi laluan kepada saya memberi ceramah di sekolah mereka. Tugasnya sebagai PRO (public relations officer) ditukar menjadi pegawai di syarikat dan dia membantu menguruskan hal-hal pentadbiran, dengan gaji pokoknya RM800 dikekalkan dan elaun petrolnya (untuk membuat kerja-kerja seranta iaitu menyusun program di sekolah-sekolah) sebanyak RM700 sebulan ditukar menjadi elaun tetap. Memahami yang saya tidak lagi ke sekolah-sekolah (dan dia sendiri tidak lagi berminat untuk ke sekolah-sekolah), dengan demikian dia tidak lagi mendapat pendapatan tambahan daripada komisyen 10% daripada proceeds hasil ceramah dan bengkel yang diinitiateolehnya, saya gusar tentang bagaimana dia mahu menyara anak isterinya. Ini kerana wang gaji + elaun tetapnya ialah RM1500, sedangkan sewa rumah teres berhawa dinginnya ialah RM600 sebulan, ansuran kereta ialah RM650 sebulan, dengan potongan EPF RM71 sebulan anak yang akan bersekolah, bagaimana dia mahu menguruskan kehidupannya dan keluarganya dengan baki wang gaji tak lebih daripada RM150?
Sebab itulah, setelah berbincang dengan isteri saya terus menawarkan untuk mengambil isterinya bekerja dengan saya dengan gaji RM1000 sebulan. Malangnya setelah isterinya mulai bekerja dengan kami, mereka membawa anak-anak mereka ke pejabat kerja isterinya lebih banyak menjaga anak-anak mereka daripada melakukan kerja-kerja pejabat, malah seringkali anaknya yang hiperaktif mengangkat telefon sehinggakan ramai pelanggan yang bertanya sama ada kami beroperasi dari rumah. Seminggu setelah melihat keadaan sedemikian, saya membuat tawaran baru kepada mereka, iaitu sama ada isterinya berhenti kerja dan gaji dan elaunnya saya naikkan jadi RM2000 (dia hanya berkelulusan SPM) ataupun, tawaran kedua, mereka menghantar anak yang baru berusia 2 tahun ke nurseri dan gaji isterinya saya naikkan jadi RM1200 dan gajinya kekal RM1500. Isterinya memilih untuk terus bekerja dengan kenaikan gaji RM200 jadi RM1200, oleh itu gaji keduanya dicampur ialah RM2700 sebelum ditolak EPF.
Begitulah beratnya perhatian yang saya beri kepadanya namun saya tidak sangka sama sekali yang dia akan mengkhianati saya. Hubungan saya dengannya menjadi renggang setelah kira-kira dua bulan sebelum dia berhenti, saya dapati dia selalu ponteng kerja, tidak ada di pejabat dan menurut isterinya, dia sering ke cybercafe kerana menulis artikel untuk sebuah majalah. Maksudnya, dia telah membuat kerja part-time dengan syarikat lain - sedangkan gaji dan elaunnya dibayar sepenuhnya oleh saya. Setelah isteri saya membuat teguran terhadap tingkah lakunya, dia kemudiannya memaklumkan kepada saya yang dia dan isterinya akan berhenti kerja. Saya masih menyangka yang dia berminat untuk bekerja dengan saya, dan memberitahunya yang saya akan sedia menolongnya jika dia susah walaupun saya sendiri mengalami kesusahan yang jauh lebih perit, dengan syarat dia menghargai vision syarikat kami. Saya juga memberitahunya yang oleh kerana pada masa itu kedudukan syarikat berada dalam keadaan tenat, saya perlu meminjam dan membayar bunga yang amat tinggi dan untuk mempastikan yang saya dan syarikat saya selamat dari beban hutang yang berlebihan, saya mengajaknya untuk mengaktifkan semula aktiviti kami ke sekolah-sekolah membuat promosi tentang buku dan program kaedah Mokhdar. Dia bersetuju tetapi memberitahu yang keretanya rosak teruk dan perlukan lebih kurang RM700 untuk dibaiki.
Saya terus mengajaknya membawa kereta itu ke bengkel berdekatan dengan pejabat saya tetapi setelah diperiksa oleh mekanik, mekanik memberitahu kami yang tidak ada apa-apa pun yang tidak kena dengan kereta itu sehingga memerlukan perbelanjaan yang sebegitu tinggi. Saya tinggalkan mereka dan pulang ke pejabat dan tak lama kemudian, dia menelefon saya yang kos repairnya ialah RM700 (kini saya syak bahawa dia telah berjaya mempedaya mekanik untuk menyokongnya membuat tuntutan sebanyak itu walaupun kos repair tidak sebanyak- ini kerana mekanik tersebut adalah mekanik yang saya menjadi pelanggan tetapnya dan dia mungkin memberitahu mekanik tersebut yang jumlah tersebut adalah pada hakikatnya adalah pinjaman dan akan dibayar semula kepada saya.
Setelah RM700 dbayar untuk 'kos repair' kereta tersebut, dia terus tidak datang ke pejabat. Saya memberi teguran menerusi isterinya bahawa maksud notis sebulan ialah, setelah dia beri notis, dia mesti terus datang bekerja selama sebulan dan bukannya tidak terus datang bekerja. Kata isterinya, 'entahlah'.
Pada 7 haribulan, dia datang dengan muka masam untuk menuntut gajinya. Saya melambatkan prosesnya kerana mahu tahu terlebih dahulu kenapa dia tidak datang bekerja sedangkan dia sepatutnya masih datang bekerja, lebih-lebih lagi wang RM700 telah saya belanjakan untuk membaiki keretanya, ketika itulah kontraktor dari Kota Bharu menelefon saya memarahi saya kononnya saya telah memberinya cek tentang dan meminta cek itu digantikan. Pecahlah rahsianya dan selepas itu, kedua-duanya terus tidak datang bekerja.
Dan orang inilah yang telah menubuhkan syarikat 'Power Mind Resources (SA0113729-X) dan kononnya telah beroperasi hampir setahun dan beralamat di
(Kini saya syak bahawa orang yang telah menghasut gadis ini, yang sekarang bertindak sebagai PRO Power-mind Resources, semasa berhenti bersama dengan beberapa orang pekerja lain dulu telah berbuat demikian adalah atas hasutan bekas PRO saya ini. Dia berbuat demikian kerana mempunyai agendanya dan ketamakannya sendiri, iaitu ingin mengambil mereka menjadi tenaga pengajar di syarikatnya setelah mereka dilatih selama hampir tiga bulan oleh saya. Ini kerana setelah disiasat, rupa-rupanya syarikat Powermind tersebut telah ditubuhkan semasa gadis ini berhenti kerja kira-kira enam bulan yang lepas iaitu pada bulan March).
Lihat kenyataan dalam laman web syarikat tersebut :
"Kami adalah konsultan pendidikan yang mempertengah kaedah Power Mind iaitu sebuah kaedah aritmetik yang dapat dan dijamin melonjakkan prestasi kemampuan aritmetik terutama bumiputera dalam mata pelajaran yang melibatkan aritmetik seperti sains, matematik, sejarah, statistik, geografi, astronomi, perakaunan, ekonomi dan sebagainya
Power Mind Resources ( SA0113729-X) telah beroperasi hampir setahun dan beralamat di Bukit Sentosa,
48 300 Rawang, Selangor.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada empat orang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang ini. Mereka pernah menjadi tulang belakang kepada syarikat aritmetik lain, kononnya pengasas aritmetik itu mahu menolong bangsa. Akan tetapi setelah bertahun berkhidmat, mereka sedar perjuangan bangsa yang dilobi-lobinya adalah palsu dan dusta semata-mata. Ramai yang telah menjadi mangsanya termasuk staf syarikat itu sendiri, di mana mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk mendidik bangsa kerana yakin dengan kaedah aritmetik beliau hanya diperalatkan sahaja dan menjadi mangsa pembelitan pengasas aritmetik itu.
Ilmu pengetahuan bukan milik kekal sesiapa, nikmat tuhan. Pengajar-pengajar kami masih meneruskan usaha-usaha memperbaiki kaedah aritmetik yang pernah dijalankan sebelum ini (dalam syarikat itu) di sini. Pembaharuan menjadikan kaedah aritmetik menggunakan bahasa kebangsaan menjadi lebih kemas, lebih mudah untuk dipelajari dan dikuasai. Kami juga menjalankan penyelidikan berterusan supaya kami terus berdaya saing dengan beberapa konsultasi aritmetik lain berorientasikan bahasa kebangsaan.
Berbeza dengan kebanyakan kaedah aritmetik di pasaran, kaedah aritmetik yang pihak kami ketengahkan adalah menggunakan bahasa kebangsaan. Pihak kami ingin membuktikan bahawa bahasa adalah perantara ilmu pengetahuan, di mana walaupun dengan berasaskan bahasa kebangsaan, kecemerlangan dan kegemilangan dalam pendidikan masih boleh dicapai. Bahasa yang diberi nafas baru akan kembali segar dan terus hidup dan kekal sebagai identiti bangsa dan negara. Tiada makna untuk memelihara kesucian bahasa sehingga bahasa itu tidak lagi berkembang, layu dan akhirnya mati di tangan bahasa asing.
Realiti ini telah dibuktikan dalam bahasa pengaturcaraan komputer "Visual Basic" yang diperbaharui kepada versi "Visual Basic .NET". Visual Basic atau VB yang dahulunya dikenali sebagai bahasa untuk pembelajaran pengaturcaraan peringkat permulaan (toy language), apabila dipertingkatkan dan diperbaiki kepada versi VB .NET dengan perubahan-perubahan dramatik menjadikan bahasa itu adalah satu bahasa pengaturcaraan komputer yang hebat dalam pembangunan aplikasi komersial dan sesetengah cirinya adalah lebih baik dan lebih mudah digunakan berbanding bahasa pengaturcaraan popular seperti C++ dan Java.
Kaedah aritmetik kami tidak merosakkan bahasa kerana proses-proses pengingatan, kiraan, aritmetik dan sebagainya hanya berlaku dalam minda seseorang, cara sebutan nombor atau apa-apa sahaja adalah kekal dalam bahasa asal atau tidak kira ia disebut dalam bahasa apa sekali pun'.
Tak cukup dengan itu orang ini juga menjalankan beberapa laman blog serta memasuki forum-forum tertentu memburuk-burukkan nama saya dan kaedah Mokhdar. Jelas ini adalah hasil kerja orang ini kerana dia kenal semua anak-anak saya, dia tahu kaedah operasi saya dan dia menamakan dirinya sebagai '508x Rebell' kerana '508x' bererti 'Mokhdar'. Biasanya orang yang amat mahir dengan kaedah Mokhdar pasti mendapat faedah daripadanya dan tidak akan mengutuk saya sebegitu rupa. Apa yang saya dapat katakan hanyalah, saya berserah kepada Allah Yang Maha Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menentukan. Selain dari itu saya juga sedang memulakan tindakan undang-undang bagi menentukan siapa sebenarnya yang palsu.
Cuma suatu tip kepada ibu bapa, dapatkah hasil penyelidikan saya sejak 1986 yang melahirkan kaedah Mokhdar dapat diteruskan oleh syarikat ini yang menciplak kaedah ini setelah bekerja dengan saya dan mengaku akan terus menjalankan R & D untuk kaedah ini? Kalau ada orang yang benar-benar jujur mahu meneruskan usaha-usaha saya, silakanlah. Namun ketika bekerja dengan saya, sekeping kertas kerja pun (mengenai kaedah Mokhdar) tidak mampu disiapkan olehnya maka bolehkah dia meneruskan usaha-usaha saya yang telah mencapai usia setengah abad ini pada usianya semuda 30 tahun sekarang? Dan dengan kelulusannya sekadar SPM?
Mereka ini juga mengaku menjadi tulang belakang kepada syarikat saya sedangkan seorang daripadanya hanyalah seorang PRO (Public Relations Officer) berkelulusan SPM dan bekerja dengan saya tak sampai dua tahun. Seorang lagi ialah isterinya yang bekerja dengan saya tak sampai pun 3 bulan dan yang mendedahkan kepada kami rupanya suaminya telah dihalau oleh abang iparnya keluar dari rumah kerana duduk menumpang di rumahnya anak beranak tanpa mahu mencari kerja). Manakala yang bertindak sebagai PRO pula dulu adalah kerani perhubungan saya yang setelah berhenti kerja tanpa memberi notis (selepas dapat gaji terus tidak datang bekerja) dan banyak rekod-rekod mengenai pelanggan dan pekerja hilang bersamanya. Dia bekerja dengan saya tak sampai pun tiga bulan dan bila ditanya kepadanya 'apakah itu kaedah Mokhdar? Jawapannya amat naif, iaitu, 'untuk mudah hafal sifir'!. (Bagi saya, tak apalah kerana dia cuma berkelulusan SPM. Dia juga pernah menghantar fliers di Country Homes menawarkan perkhidmatan nursery tetapi dua minggu selepas itu, mengosongkan rumah yang telah disewanya dan rumah itulah yang disambung sewa oleh pegawai yang telah menggelapkan wang syarikat saya. Pegawai ini pula berpindah secara senyap dan beberapa orang taukeh perabot sedang mencarinya kerana tidak menjelaskan hutang bagi perabot yang dibelinya).
Mengaku sebagai tulang belakang syarikat sedangkan mereka hanyalah sekadar pekerja sokongan. Tanpa mereka syarikat terus berjalan kerana tulang belakang dan orang yang berhempas pulas mahu menghidupkan syarikat ini dan memperjuangkan kaedah ini (siapa lagi yang sanggup bersungguh-sungguh memperjuangkannya kalau tidak saya sendiri sebagai orang mencipta kaedah ini?), syarikat ini terus berjalan dan usaha-usaha kami terus berjalan. Mereka sempat bekerja tak sampai pun tiga bulan, dan bila syarikat mengalami masalah dan lambat membayar gaji, terus berhenti dengan memberi alasan yang sama semuanya iaitu 'emak suruh berhenti kerja'. Sedangkan tugas yang dilakukan oleh mereka selama tiga bulan 90% daripadanya hanyalah 'duduk dalam pejabat belajar kaedah Mokhdar sehingga benar-benar cekap' dan mereka dibayar RM1000 sebulan hanya untuk belajar semata-mata (berani mereka mengaku yang mereka berhempas pulas berkhidmat untuk saya?) Rancangan saya ialah ingin menempatkan mereka di seluruh negara dalam program-program yang akan dijalankan di seluruh negara - dengan melatih mereka sehingga cekap dapatlah mereka mengendalikan program tanpa memerlukan kehadiran saya.
Namun melatih mereka memakan kos yang amat tinggi dan sebab itulah pada masa itu saya mengalami masalah kewangan untuk membayar mereka dan terpaksa bergolok bergadai meminjam untuk membayar gaji mereka. Namun bila sampai masanya tenaga mereka mahu digunakan, mereka berhenti dan setiap orang memberi alasan yang sama tersebut iaitu 'emak suruh berhenti'.
Mereka inilah yang membuat tuduhan bahawa segala perjuangan saya adalah 'palsu dan dusta'. Ironinya, jika perjuangan saya palsu dan dusta, apa yang menyebabkan mereka terus menggunakan kaedah saya tanpa meminta izin dari saya serta mendedahkan diri mereka kepada risiko tindakan undang-undang di bawah undang-undang hakcipta, undang-undang fitnah, misrepresentation (dengan mengaku telah menjalankan perniagaan hampir setahun sedangkan syarikat mereka baru ditubuhkan kira-kira sebulan sebelum orang ini berhenti kerja dengan saya), dan undang-undang kontrak (mereka telah diikat selama tempoh lima tahun untuk tidak menjalankan perniagaan yang bersaing dengan saya atau tampak seperti bersaing dengan syarikat saya seperti syarikat-syarikat kira cepat, KUMON, syarikat-syarikat yang menggunakan abakus sebagai asas mengira, syarikat-syarikat smart-leaning dsb). Mereka juga membuat misrepresentation mengatakan yang mereka telah menjalankan program ini lebih daripada satu tahun sedangkan gambar yang telah mereka siar sebagai gambar aktiviti menyerlahkan bahawa sesi itu adalah sesi Mokhdar di mana carta kaedah Mokhdar tertera jelas di hadapan seorang pelajar.
Kini saya syak bahawa modal untuk menubuhkan syarikat Powermind Resources ini adalah dengan menggunakan wang saya - yang saya masukkan ke dalam akaunnya sebanyak lebih daripada RM6000 untuk dibayar tunai kepada pembekal dan institusi yang menumpangkan program ini dijalankan di Kota Bharu, tetapi dia tidak membayar tunai kepada pembekal dan pihak-pihak tersebut sebaliknya, tanpa pengetahuan syarikat, telah menggunakan cek-cek pra-tarikh. Dua daripada cek-cek tersebut, yang pemiliknya ialah'Powermind Resources' telah ditendang (semasa melihat salinan cek tendang tersebut, saya tertanya-tanya tentang siapa sebenarnya pemilik cek-cek tersebut).
Kes cek-cek tendang tersebut juga telah mendedahkan banyak lagi rahsia-rahsia lain Rupa-rupanya orang ini telah membuat tuntutan palsu di mana harga yang dikenakan oleh pembekal bagi setiap peserta bagi lebih daripada 260 peserta untuk program di Kota Bharu selama lapan hari ialah RM5.00 seorang (morning tea-breaks dan makan tengah hari), bagaimanapun dia telah membuat tuntutan bagi RM6.50 seorang - bererti dia telah menyelewengkan sebanyak lebih kurang RM2800! Sebelum ini dia telah diamanahkan untuk menguruskan program-program di Dungun, Kemaman, Bangi dan Serting. Sejak dia mulai menguruskan program di Serting lagi kami amat hairan kerana kami terpaksa menambah peruntukan untuk membiayai program di tempat-tempat tersebut sedangkan bagi setiap program yang kami uruskan sendiri, boleh dikatakan kami pasti mendapat wang lebihan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur walaupun ramai peserta telah membuat bayaran penuh. Semasa di Serting lagi, anak kepada tuan punya homestay tempat tinggal dia dan pembantu fasilitator telah membayangkan yang dia mahu memberitahu sesuatu rahsia kepada pihak kami tetapi rahsia itu masih terpendam. Kini saya dapat mengagak apa sebenarnya yang telah berlaku. Bayangkan sewaan bagi homestay di mana tiga orang guru saya tinggal di dalam bilik di dalam rumah tuan punya homestay (tinggal bersama tuan rumah) dan bayarannya adalah jauh lebih mahal daripada bayaran hotel di Bahau (yang lengkap dengan astro, berhawa dingin dan hot-shower) yang terletak hanya kira-kira setengah jam perjalanan! Malah ketika itu saya telah mempersoalkan rasionalnya untuk tinggal di homestay tersebut dan menyuruhnya membatalkan booking dan tinggal di hotel di Bahau, tetapi dia berkata yang dia telah membayar keseluruhan bayaran untuk lapan hari dan bayaran tidak boleh diambil balik.
Saya telah membuat report polis berhubung dengan perkara ini dan report-report ini akan saya siar dalam blog ini. Sementara itu saya akan memperpanjangkannya kepada pihak SPRM (selama ini saya tidak mahu melakukannya kerana kasihan kepada anak isterinya - lebih-lebih lagi isterinya dengan nada cukup memilukan memberitahu isteri saya betapa suaminya telah dihalau keluar dari rumah abangnya kerana telah menumpang di rumah mereka beberapa lama tanpa tampak apa-apa tanda yang suaminya mahu mencari pekerjaan. Hanya setelah dihalau oleh abang iparnya itulah, dia keluar dengan sehelai beg galas berisi beberapa helai pakaian, dan ditakdirkan, telah sampai ke pejabat saya setelah membaca iklan yang saya keluarkan di akhbar Harian Metro. Ketika ditemuduga, dia memberitahu yang dia masih bujang dan jika dia tidak diterima bekerja dan dibenarkan tidur di pejabat kami, malam itu dia akan tidur di masjid! Setelah bekerja dengan saya hampir tiga bulan, dia dapat mengumpul modal membeli kereta hasil daripada gaji dan komisyennya - ditambah dengan pinjaman RM1500 yang saya beri kepadanya).
Untuk maklumat pembaca, kos overhead dan kos perjuangan memperkenalkan kaedah Mokhdar bukannya sedikit. Selain daripada kos lepas dari aspek kedudukan dan pangkat, gaji dan elaun tetap melebihi RM5000 sebulan yang telah saya lepaskan, peluang kenaikan pangkat (ramai kawan-kawan telah menjadi hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Pegawai Jusa C malah A yang nilainya sudah pastilah tidak dapat dinilai dengan nilai wang sama sekali), kos menjalankan organisasi dan kos penyelidikan serta risiko yang dihadapi adalah amat tinggi dan tidak akan mampu dilakukan oleh sesiapa jika pulangan kewangan yang lumayan yang menjadi sasaran. Untuk memasukkan iklan ke akhbar sahaja, setiap sesi memakan kos antara RM15000 ke RM50000.
Hal ini tak ubah seperti peniaga yang menjual barangan curi - walaupun mereka menawarkan harga yang lebih rendah (kerana mereka tidak memerlukan modal untuk mendapatkan barang tersebut), barangan yang dimiliki itu tidak berkat apa lagi jika diketahui ia adalah dari sumber haram. Hampir setiap kali saya selesai memberi ceramah tentang kaedah Mokhdar, pasti beberapa orang pelajar malah guru dan ibu bapa datang bertemu saya dan berkata, "Cikgu, halalkanlah ilmu yang diberi semoga berkatlah perjalanan hidup kami. Mudah-mudahan hidup cikgu sentiasa dirahmati olehNya dan dijauhkan segala bencana."
MUNAJAT
"Ya Allah Ya Tuhan kami. Janganlah kami mati sebelum kami menyelesaikan segala hutang-hutang kami. Janganlah kami beri makan anak-anak kami dengan hasil yang sumbernya adalah haram. Janganlah anak-anak kami menanggung sengsara disebabkan oleh kesalahan kami, sehinggakan makanan yang menjadi makanan otak mereka berpunca daripada makanan yang sumbernya adalah haram, sehinggakan kereta yang kami bawa mereka di dalamnya adalah kereta yang sebahagian daripada sumber pembiayaannya adalah daripada sumber haram. Janganlah kami mati di dalam kemalangan dalam kereta yang kami pandu adalah kereta yang pembiayaannya adalah daripada sumber yang haram. Janganlah kami hidup dengan membuat penganiayaan ke atas sesiapa, kerana sesungguhnya ya Allah, do'a orang yang teraniaya adalah do'a yang Engkau makbulkan, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya Engkau Yang Maha Memberi Pertolongan, dan sesungguhnya Engkau Yang Maha Memberi Pembalasan. Hanya kepada Engkau kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan."